Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday, 19 February 2019

KISAHNYE TELUR DADAR PETAK



Salam,

Gemorning u olls. Alhamdulillah setel dah kebizian kat dapur dari subuh. Semenjak anak dah
sekolah ni memang aku akan bz siapkan brekpes Si Adra dulu dan brekpes husband nak
pergi kerja.

Oh ye, malam tadi tetibe adra bagitahu yang dia nak bawak bekal ke sekolah harini . Dah tu siap request nak nasi goreng dan telur dadar petak. Haaaa, jenuh la aku duk pikir ape benda la telur dadar petak tu.Rupenya yang adra maksudkan, telur dadar tu dipotong kecik kecik bentuk petak.Ahahahaha 

So pagi ni gigih la mama siapkan bekal dia , harap harap kenyang la dak Adra kat school harini.Dia sekarang memang selera sangat makan. Alhamdulillah, seronok tengok anak anak makan dari air tangan kita kan ❤




Yeahhh, first bento adra ke school. So lepas ni mama
kena super duper rajin lagi la nampaknye :)

Monday, 18 February 2019

BUAH HATI KEDUA



Salam,

Hai korang, happy monday. Ada yang monday blues ke harini? Pagi ni macam liat betul
nak bangun dari katil. Almaklong ler cuaca sejuk, dari petang semalam hujan turun mencurah curah. Mak oi sejuk benor subuh tadi tau.Nasib baik la anak duk menangis nak susu pagi tadi, nak tak nak memang kena bukak mata la uittt.

Ohhh, lupa nak update da dekat setahun Allah hadiahkan buah hati kedua selepas Adra Sofiyya.Tahun lepas dah selamat bersalin baby boy. Alhamdulillah, memang mengidam benor nak anak boboboiii. Sebab yang sulung dah girl kan. Target nak 2 orang anak je, buleh dak..haha.


Tak sangka dah bergelar #Makanakdua 

Inilah dia, buah hati pengarang jantung busyuk masyam mama.
Raja Areez Syahmin nama diberi. Alhamdulillah ALLAH bagi peluang aku bersalin secara normal kali kedua ni. Masa Adra dulu, aku emergency czer. Hazab sangat ok bersalin czer.
Nanti post yang lain aku story pasal pengalaman bersalin Areez okey.


Omei tak saya? ❤❤

Alhamdulillah, tup tup dah dekat setahun dah umur dak areez ni. Kejap je kan masa berjalan.
Blog pun bersawang teruk ..kihkih. InsyaAllah pasni kita rerajin lah update ye.

Ok chu olls, jumpa lagi di lain post. Aku nak mengadap budak masyam busyuk ni dulu ..muuahhh ❤

Monday, 11 February 2019

2019- MARI KITA MULAKAN SEMULA


Salam ,

Alhamdulillah dah masuk 2019. Tiktok tiktok kejap je kan masa berjalan. dan berlalu.
Bagi followers lama mesti dah tahu, lama jugak linda start blogging ni. Since 2011.

Tapiiiiii lepas kahwin memang banyak menyepi, lebih banyak update kat social media lain
of coz lah Facebook dan instagram. Tapi entah kenapa lah lately ni rindu sangat nak aktifkan
blog ni balik.

So jom lah kita mulakan semula. 
Jap lagi kita update lah balik beberapa story yang menarik sepanjang beberapa tahun ni ye.
Sesambil tu kita blogwalking melawat blog kawan kawan baru dan lama.

Happy Monday Gaisss,
Moga Allah permudahkan urusan kita semua ye ❤❤



Meh la setepek seketul picture tanda salam 
perkenalan ye dakkk ..kihkih 

Friday, 1 December 2017

Resepi Sambal kering pedas letop



Hi semua...

Harini aku nak share satu resepi simple tapi sedap yakmat okey. Sesuai sangat kalau nak makan dengan nasi panas tak pun lawankan dengan sup.Gerenti korang makan bertambah tambah. Aku ler tu yang makan bertambah.



Bahan Bahan :
- Cili api (ikut banyak mana yg korang nak)
- Bawang merah
-Bawang putih
-Limau nipis
Kicap Manis
-Ikan Bilis

Cara:
-Basuh ikan bilis dan bahan2 lain
- Gorengkan ikan bilis sampai garing
- Dah garing blh angkatkan, kemudian gorengkan pulak cili api, bawang merah, 
bawang putih.
- Dah goreng then, boleh tumbuk semua dalam lesung batu.
- Masukkan kicap manis ENAQ sikit kemudian perahkan limau.



Ni menu semalam, aku buat sup ayam, lawankan dengan sambal kering pedas letop. Uishhh...sedap sedap :)

Jangan lupe try ye kome :)


Saturday, 15 April 2017

Raya dah dekat, Kulit dah gebu ke??


Salam ,

Hai korang. Lama linda tak update blog.Kekangan masa jadi agak susah sikit
sekarang ni nak update blog.


Tapi kalau di instagram or facebook  memang linda aktif je.Jadi jangan le segan segan 
nak add/follow FB & Instagram i olls ye.


Eh Raya dah nak tiba kan. Korang ada  masalah kulit tak? Kalau ada masalah
kulit macam kusam,jeragat,jerawat,strechmark dan parut boleh la try Dianz Vitamin.


Alhamdulillah,hampir setiap hari linda dapat feedback positif dari customer 
yang dah consume Dianz Vitamin tau.Rasa dia masam masam manis.Memang

sedap tau.

Dianz Vitamin 2017:
 Extra Ascorbic Acid (vit c).
 Lebih power kesan penyerapan.
 5 kali lebih pantas penyerapan.
 Baik untuk masalah jerawat,
jeragat,kulit kusam dan lain2.
 Baik juga untuk kuku,rambut
dan tumit kaki.





Nak tengok feedback lain?
Boleh aje ke FB linda ye

Tuesday, 22 November 2016

Inovasi Ruang Tamu



Salam semua...

Tajuk je dah gempak kan, kemain inovasi bagai. Kihkih..actually nak sharing perubahan deco ruang tamu rumah awok je. Lately minat pulak deco deco nih. Memandangkan ruang tamu tu adalah sangat penting kan, makanya haruslah kita deco cantik2, Segan jugak kalau tetamu datang tengok suram, sendu dan semak bagai ruang tamu umah i oll.


Lalunya macam biasa la, asal weekend je kita ke IKEA. Nasib baik laki awok memahami. Sekarang dia pun dah pandai dah share2 idea dengan bini dia nih. Sebelum ke IKEA kena bentangkan kat husband dulu idea deco dan barang ape nak dibeli kat ikea. Nanti dia hulur la budget kat bini dia nih sikit.kihkihkih.




Nampaknya rak LERBERG menjadi pilihan hati ku. Pilih white color, then ku beli 2 saiz. kecil dan besar. Tapi untuk ruang tamu, pilih yang kecil punya size. Then yg besar tu, letak kat area tepi tangga. Nanti kita share lain bab kat situ. Rak ni harga RM69 shj. Alhamdulillah, jimat bajet akak.

Yang lainnye, banyak abiskan duit membeli pasu dan bunga untuk dekorasi. (kemainnnnn). Dan hasilnya alhamdulillah, sejuk mata memandang. Tak tahula kalau mata orang lain rasa semak ..wuwuwu.




Set ayat kursi tu ku order dari FB Aliya Hasmeeza atau IG dia deco_decoframe.
Satu set harga RM100, free postage plus free gift kufi alfatihah. 
Memang puas hati :)




Ps: Kena bekerja dgn lebih gigih nak deco deco umah punya pasal :)