Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Wednesday, 29 February 2012

Hari selasa selalu memeningkan

Salam semua...

Korang perasan tak kalo ari selasa malam2 banyak cerita best..selalu buat aku pening coz tak tau nak tengok cite yang mane satu. 



Ok,start dari kul 8.30 sampai 9.30 kat tv9 ade cite Arianna Mikhail..Cite ni lakonan Sein n Nora Danish, so sweet dorang nih.Cite ni memang best n aku da layan dari episod pertama sampai le sekarang. Cerita ni mengisahkan perjalanan cinta Arianna dan Mikhail yang bermula dari bandar Paris, mereka berkahwin secara senyap2 selama sehari. N then lepas tu dorang terpisah selama beberapa tahun dan berjupe balik di Malaysia. Tapi masing2 dah ade pasangan masing2. So cite ni banyak buat aku geram dengan ego Arianna.




Lepas tu kul 9 sampai kul 10 ade cite Bicara Hati pulak kat channel 105, cite ni lakonan Sharnaaz Ahmad dan  Chris Suzanne. Actually drama ni diadaptasi daripada novel Bicara Hati (Damya Hanna). Drama ni mengisahkan tentang cinta kontrak antara Tengku Shahran dan Zahlia. Tengku Shahran berkahwin untuk elakkan diri daripada dijodohkan dengan perempuan pilihan ibu dia, manakala Zahlia pula berkahwin untuk mendapatkan duit untuk membantu kawan dia yang menghidap kanser. Sepanjang tempoh kontrak tu banyak kejadian lucu antara shahran dan zalia, dan masing2 dah start jatuh cinta..tapi terhalang sebab ego.  Actually aku sangat suke dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama ni coz nampak dia cam nakal2 je suke menyakat si Zahlia..:)  **untungla shila amzah dapat Sharnaaz

 
Lepas tu pulak dalam mase sama dari kul 9 sampai 10 mlm ade drama Vanilla Coklat kat tv3. Drama ni aku tak ikut dari episod pertama tapi dah episod berapa baru aku tengok, best jugak drama ni..layan je. Drama ni lakonan Aiman Mentor dan  Izara Aisyah.Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Tengok banyak betul drama best2 sekarang ni..nape semua nak buat ari selasa..nak je aku beli 3 tv..supaya aku boleh tengok semua..hehe. Selalunye aku akan layan Arianna Mikhail dulu, pastu bicara hati n vanilla coklat aku akan gilir2 tengok bile time iklan. Bijak kan..haha..:)


15 comments:

  1. hehe...amboi..penuh jadual dia hari selasa..xleh kacau ni

    ReplyDelete
  2. saya tak tengok tv..hehe~~ kalau nak tengok saya tgk kat tonton je~~ :p

    ReplyDelete
  3. ala akak terlupe nk tgk bicara hati malam tadi, serabut hati hihihii

    ReplyDelete
  4. haha kaki drama.. macam saya jugaklah hehehe!!

    ReplyDelete
  5. erm, chanel 105 terkeluar dari senarai coz kat umah xder astro.. so xder la berebut nak tgok bicara hati ker nak tengok vanila coklat.. haha

    ReplyDelete
  6. sy layan vanilla coklat..tp yg dua2 tu tak...

    vanila coklat besttt...sweet..hehe

    ReplyDelete
  7. misz domu xlayan citer2 diatas... jadi xde bingung cam cik linda..hehehehe

    ReplyDelete
  8. uwaaaa melepas sumernya tv rosak....

    ReplyDelete
  9. remy layan vanilla chocolate jer... tu pun smlm tk sempat tgk.....
    kenkawan ajak pi karaoke.....

    ReplyDelete
  10. drama bersiri ni kita x boleh ngikut nnt susah nk miss..sy vanilla coklat jer layan..sebelum ni BFF tp skang :(..linda pon tau kan psl dh baca entri sy td

    ReplyDelete
  11. huhu. ariana mikhail tak pernah layan punn.. tapi tengok sinopsis macam best je.. nak tgokla lepas ni! insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  12. saya duk asrama..x tgk tv coz malas nak turun bilik tv...tp taw yg cite2 nie sume hot giler skunk..haha

    ReplyDelete
  13. hmmm... rmai gak kt sweet la ape bgai..

    tp org jrg n x tertarik lg nk tgok..

    hahaha

    ReplyDelete
  14. hahaha...bhaya ni,tengok tv sampai emo...

    ReplyDelete