Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Friday, 17 August 2012

Lovely day...;)

Salam semua...

Alhamdulillah kejap je kite dah berada di minggu terakhir ramadhan kan. Tinggal berapa hari je lagi before raya. Lepas ni mesti akan rindu bulan ramadhan yang mulia ni. Semoga tahun depan masih dipanjangkan umur untuk merasai lagi bulan ramadhan.

Tadi khamis aku dah start bercuti da. So sangatla best. Hihi, memang dari ari isnin baru ni aku dah takde mood nak bekerja. Yang ade hanye mood nak beraya je. Ofis pon makin lame makin sunyi. Tak syok betul. Tadi jugak merupakan hari last untuk berbuka bersama Raja sebelum aku balik kampung pagi kang.

Harini rase happy sangat sebab tadi last fitting untuk baju bertunang. Alhamdulillah, berjaya gak pakai baju tu n turunkan berat badan, tapi tadi dah last fitting..haruslah maintain kan berat badan je. Sepanjang ramadhan ni aku dah berjaya turunkan 5kg berat badan. Hope boleh turun lagi berat badan. Tapi baju bertunang aku nanti simple je. Taknak baju yang meriah sangat.

Lepas gi butik terus gi kedai laptop. Finally tercapai gak impian nak pakai laptop sony vaio. Thankz a lot to raja yang membelikan this awesome laptop. Dah hampir setahun kot laptop compaq aku yang sebelum ni rosak , skrin problem. Nak repair sampai 600 ratus, huiii..sampai ke sudah tak repair. Raja suruh aku pilih either nak laptop or samsung tab. Aku pilih laptop sebab laptop leh buat macam2. Tab tu nanti2 je la kalo de rezeki lebih boleh le beli. Gune hp sony ni pun dah cukup bagus. Ohhh...aku memang peminat tegar barangan sony. 



Thankz raja..;)



Eh...sempena nak raya ni mesti ramai yang dapat kad raya kan. Tapi tak semeriah macam zaman sekolah dulu2 la. Kalo dulu memang ari2 ade je kad raya sampai, lepas tu tampal tepi dinding. Haha..sangat nostalgia la kan. Thankz pada yang sudi bagi aku kad raya. Terharu sangat. 


 Kad raya yang atas warna hitam tu dari blogger bukansayadisini. Siap de pantun lagi dalam tu..;)
Yang warna putih tu dari blogger Terbangtinggitinggi (mejah)..hihi..Mekasih bang mejah
Yang warna merah tu dari blogger Yana. Cantik kad dia..:)


Cer kome semua nengok tulisan mejah..huhu. Cam tulisan doktor.


 Aku rase ni last entry sebelum aku balik beraya. Ape ape pun aku nak mintak maaf pada korang semua andai ade aku terkasar bahasa dalam komen2 or dalam mane2 entry aku ke. Semoga hari raya korang semua disambut dengan meriah ye. Nah ade pantun untuk semua....:)


Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Aku menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


Selamat hari raya semua  :)

7 comments:

  1. seronoknya dapat lappy baru.. hehehe..

    tahun ni, tak dak pun dapat kad raya., sobss.sobss :(

    ReplyDelete
  2. lappy saila pun ada problem kat speaker belum repair lagi..huhu..
    selamat hari raya linda, terima kasih bg kad raya :))

    ReplyDelete
  3. perghhhh
    5 Kg beb? hailah hailahh


    selamat hari raya puan linda.jgn lupa aku

    ReplyDelete
  4. untungnya linda dapat lappy dr yg tersayang..hehe pasni boleh berblogging dgn jayanya..hahha

    wah ni yg excited nak tgk pertunangan linda ni..update tau!

    sory syg kad raya tak sempat nak balas.. ada rezeki lain hari k..

    ReplyDelete
  5. wah..dah sampai kad ye..hehe.. :)

    mahal tak laptop tu? huhu~

    ReplyDelete
  6. i like something new and branded. berbaloi beli lappy baru berbanding baiki beratus-ratus ringgit.

    Selamat lebaran, Sis. semoga kita semua ceria dan gembira dalam merayakannya nanti.

    ReplyDelete
  7. wahh minat gak vaio..tp x berkesempatan lg nak belii hehe

    ReplyDelete