Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Showing posts with label -Love-. Show all posts
Showing posts with label -Love-. Show all posts

Monday, 18 February 2019

BUAH HATI KEDUA



Salam,

Hai korang, happy monday. Ada yang monday blues ke harini? Pagi ni macam liat betul
nak bangun dari katil. Almaklong ler cuaca sejuk, dari petang semalam hujan turun mencurah curah. Mak oi sejuk benor subuh tadi tau.Nasib baik la anak duk menangis nak susu pagi tadi, nak tak nak memang kena bukak mata la uittt.

Ohhh, lupa nak update da dekat setahun Allah hadiahkan buah hati kedua selepas Adra Sofiyya.Tahun lepas dah selamat bersalin baby boy. Alhamdulillah, memang mengidam benor nak anak boboboiii. Sebab yang sulung dah girl kan. Target nak 2 orang anak je, buleh dak..haha.


Tak sangka dah bergelar #Makanakdua 

Inilah dia, buah hati pengarang jantung busyuk masyam mama.
Raja Areez Syahmin nama diberi. Alhamdulillah ALLAH bagi peluang aku bersalin secara normal kali kedua ni. Masa Adra dulu, aku emergency czer. Hazab sangat ok bersalin czer.
Nanti post yang lain aku story pasal pengalaman bersalin Areez okey.


Omei tak saya? ❤❤

Alhamdulillah, tup tup dah dekat setahun dah umur dak areez ni. Kejap je kan masa berjalan.
Blog pun bersawang teruk ..kihkih. InsyaAllah pasni kita rerajin lah update ye.

Ok chu olls, jumpa lagi di lain post. Aku nak mengadap budak masyam busyuk ni dulu ..muuahhh ❤

Tuesday, 6 September 2016

ADRA 2 YEARS :)



Salam semua,

Semalam 5 september 2016, genapla Adra Sofiyya berumur 2 tahun. Alhamdulillah. Antara nikmat terindah yang ALLAH beri dalam hidup ni. Tak sangka dah 2 tahun dah dia. Cepatnya masa berlalu.
.
.
Dah makin bijak bercakap, even belum lancar, mama tetap bangga. Dah pandai susun toys after main, dah pandai tidur sendiri (sedih), dah pandai behave bila diluar. Sangat sangat senang dijaga, jarang menangis, tapi kalau menangis haisshhhh drama sangat. Tak memilih makanan tu part paling best, hahaha. Mama masak apa pun, dia makan je. 
.
.
Dalam hidup ni tak nak berlumba tentang pencapaian anak, cukupla adra membesar dengan sihat dan jadi anak yg baik. Yang penting ku cuba untuk jadi mama yg terbaik untuk adra. Ok, touching pulak duk karang blog petang petang nih. 
.
.
Happy Birthday RAJA ADRA SOFIYYA,
Mama & Ayah sayang Adra,





PS: Eh rasa macam rindu pulak nak pregnant lagi ..hikhik

Tuesday, 26 January 2016

Tips untuk parent bila membawa anak ke Taman :)


Salam semua...

Cuti panjang baru ni korang buat apa je? Macam biasa weekend aku akan balik ke sungkai, tapi semalam awal awal lagi dah gerak balik ke Rawang. Sebabnya dah janji nak cod barang dengan beberapa orang customer.

Dah setel COD, singgah ke Aeon Rawang jap, makan dan beli barang sikit. Si Adra Sofiyya pulak dah menangis bila keluar Aeon, tak puas berjalan. Alahaiii anak, sabar je lah mama n ayah ni. Haha.
So decide dengan husband, gi lepak kat Taman area Bandar Tasik Puteri dulu. Lagipun tengok jam pun baru pukul 6 tepat.Apa lagi seronok la si Adra dapat tawaf Taman, dapat berjalan kedek kedek dia tu, dapat main tanah bagai. Takpe, sekali sekala bagi dia enjoy. Kesian kalau weekdays mama dan ayah kerja, weekend bagi peluang kat dia untuk main2 :)


Actually nak share something, semalam bila lepak di taman, tengok ada juga sesetengah parents yang lepaskan anak main area situ, tanpa pengawasan parent. Parent busy sembang, busy tengok handphone. Pleaseee parent, sekarang dah banyak sangat kes culik. Jadikan ikhtibar dengan kes kes sebelum ni. Jangan abaikan anak anak anda.

Tips untuk parent bila membawa anak di taman:

- Make sure duduk di area ramai orang 
- Sentiasa memerhatikan gerak geri anak
- Pesan pada anak supaya menjerit if ada orang yg tidak dikenali ingin mengusik or membawa larinya
- Tidak membiarkan anak pergi main terlalu jauh dari pandangan mata anda
- Sediakan kain or towel muka untuk mengelap peluh anak
- Sediakan bekalan air kosong dari rumah untuk anak2 dan untuk kita sekali, supaya kita tidak dahaga dan tidak perlu membeli air or jajan yg dijual dikawasan Taman. 
- Balik rumah sebelum maghrib

Ok tu je yang aku terpikir point2 yang boleh dikongsi dengan korang. Jagalah anak anak kita dengan sebaik baiknya, kerana anak itu adalah anugerah dan amanah dari ALLAH.





   



         

     

             

Wednesday, 26 August 2015

Kuat Makan


Salam semua...

Tengokla budak ni.. Kuat makan. Haha.. Dalam kereta mesti dia nk mengunyah. So mama gigih la pagi2 sediakan something untuk dia kunyah kunyah. 

Adra Sofiyya, dah nak masuk setahun rupanya awak. Cepatnya masa berlalu.. Rindu awak masa first day lahir. Sekarang dah banyak akal, kelakar pulak tu. Suka sakat orang, kuat makan, kuat main, kuat tido jugak. Alhamdulillah, anak yg baik, tak banyak ragam. Moga terus membesar dengan sihat hendaknya :)



Pssss: Budak ni pandai selfie jugak..hahaha.

Friday, 17 April 2015

Garlic oil

Salam jumaat semua...

Pagi tadi pukul 8 lebih si Adra babgun tido,dengar dia batuk batuk. Kesiannye la kalo baby yg batuk. Hope janganla melarat sampai ke demam ke apa.

Sebelum ni Adra pernah sekali demam &selsema. Memang aku tak bagi ubat dekat dia. Sebab kalau pergi klinik gov pun memang doc tak bagi ubat untuk baby. Juz lap2 kan badan dia dgn air suam mase demam. Selsema pulak aku juz sapukan garlic oil. 


Pagi tadi gigih ke dapur, ambil seulas bawang putih then bakarkan dengan api yg slow. Agak agak dah hitam sikit tu, tutup api dan biarkn sejuk sikit. Lepas tu ambil la minyak vco ke,olive oil, or minyak masak letak dalam piring or bekas. Pastu u oll juz lumat lumatkn bawang putih tu dlm minyak tadi. 


Elok sapukan di dada,belakang badan dan tapak kaki. So far mmg elok utk Adra. Semoga cepat elok batuk awak my dear.. Mmmuuaahhh ciked. 




Monday, 13 April 2015

Ke Fraser Hill sebentar :-)

Salam semua...

Sabtu lepas sesaje naik ke FRASER HILL ,nak bawa Adra berjalan. Kesian dia asyik dibawa ke shopping mall je. Hihi..sekali sekala melawat tempat cantik dan menarik,best jugak.

Kebetulan kalau dari Rawang ni takdela jauh sangat nak ke Fraser Hill. Lalu ikut kuala kubu bharu. Tapi jalan berliku liku,memang peningggg sangat. Si adra yg duduk dalam car seat pun senyap dan monyok je mase nak naik Fraser Hill tu. Adra pening ler tewww..






Kat sini ade kolam ikan, boleh bagi ikan makan..seronok Adra bile tengok ikan banyak2 :)









Seronok juga dapat berjalan ke Fraser Hill, cantik sangat pemandangan situ. Paling seronok Adra la, maybe sebab sejuk kot. Behave je dia ikut mama n ayah berjalan. Actually banyak jugak tempat menarik, ade waterfall, sungai, tempat main gasing, taman2. Tapi kami tak pergi semua tempat pun, banyak melepak je. Seronok duduk2 sambil mngadap pemandangan cantik. Angin pun sejuk je.

Next time nak repeat lagi ke Fraser Hill, tido sane pulak la..hihi :)





Friday, 10 April 2015

Solid food Adra Sofiyya

Salam semua...



Masa adra dah dekat nak masuk 6 bulan, mamanye memang excited sangat2 nak bagi anak makan. Awal2 dah beli set makan, bib, blender khas utk adra..hehe. Macam nk sekolahkan anak je gayanye. 

Masuk je 6 bulan aku start bagi puree avocado. Sebab duk baca, elok start dengan buah yang tawar, yang tak ade perisa. Mula mula bagi sikit je dulu, ok nampak macam dia suka. Habis semangkuk puree dia makan.Mamanya rase seronok yang amat..hehehe. Macam biasa ikut 4 days rule, nak tengok dia alergik ke tak dengan buah or sayur tu. 

Setakat ni dah bagi puree avocado, epal, pear, lai, brokoli, pisang, peach, carrot. Baru2 ni masuk 7 bulan dah start bagi bubur nasi kosong, bubur nasi + cauliflower + carrot, esok nak bagi bubur nasi + brokoli pulak. Alhamdulillah, selama ni bagi adra makan, semua dia makan abis, even buah or sayur tu tawar ke, masam ke, manis ke, semua habis dia telan. Lega sangat bila dia tak cerewet buat masa ni. 

Stok puree untuk seminggu. Pear & brokoli :)


Pakai rice cooker TEFAL je, sebab rice cooker ni multo function boleh steam, wat porridge, bakar cake  (hadiah kawin je..huhu, kalau beli boleh menangis )



Guna blender Magic Bullet je. Yg ni opah adra yg belanja..hehehe :)



Puree brokoli yg tak sedap ni pun habis semangkuk adra makan. Alhamdulillah :)


Teruja dapat makan..:)


Bubur nasi + carrot + cauliflower. Dalam bekas hijau tu serbuk ikan bilis, sangai (goreng tanpa minyak ) then blend halus2 :)



P/s : Memang seronok kan tengok anak berselera makan. Rase teruja sangat. Harap2 Adra membesar dengan sihat :)


Wednesday, 25 March 2015

Life as a mother :)



Salam semua...

Alhamdulillah , finally update jugak blog ni. Terpikir nk tutup je, tapi rasa macam sayangggg sgt. Blog ni aku buat dari zaman bujang sampai la sekarang dah beranak sorang. Anak pun dah nak dekat 7 bulan..hehehe :)

Seronok da bergelar mama ni. Alhamdulillah ALLAH bagi kesempatan untuk aku menjadi FULLY HOUSEWIFE. Rasa teramat bahagia tengok anak membesar depan mata. 24 jam mengadap anak. Takpela orang nak cakap suri rumah ni kolot ke apa. Ini pilihan aku. Mungkin nanti Adra da besar sikit, baru terpikir nak keje kot.

Adra Sofiyya arini da genap 6 bulan 20 hari. Dah membesar dengan sihat dan aktif. Actually sangat sangat aktif Adra ni. Ramai yg cakap adra ni sangat lincah. Dah macam hyper pun ada. Huhu..ape la agaknye aku makan dulu mase pregnantkan adra. Alhamdulillah mase 4 bulan dia da blh meniarap. Sekarang gigi 2 batang da keluar sikit. Gigi geraham pulak tu. 

Bukan senang ye jadi Mama, tidur dan bangun kena ikut jadual anak. Alhamdulillah Adra dari 2 minggu berpantang, tak de berjaga malam. Malam kul 9 or 10 tu selalunye dah tido, sampai la kul 7 pagi. Kul 8 pagi tido balik sampai kul 10 pagi. Barula dia mandi & buat aktiviti lain. Cuma waktu siang dia banyak main, so kadang2 memang lambat la aku masak utk lunch. Kadang2 raja balik keje baru terhegeh hegeh i oll nak masak. Giteeeewww,.Bila anak da tido baru berkesempatan utk lipat baju semua, kemas bilik. Memang kadang2 rasa tak cukup 24 jam..huhu. Nak berniaga online pun kene curi2 masa. 




Raja Adra Sofiyya Binti Raja Mohammad Hafiz :)


Ni masa first day makan puree avocado. She likeeee it ;)



Tuesday, 30 September 2014

Little Junior of Linda & Raja ;)



Salam semua.... 

Huhu..lama gile tak update blog. Last update bulan april.Sekarang dah hujung bulan september dah,Gile lahhhh. Maaf ye, masa pregnant hari tu serius takde mood langsung nak bukak blog. Memang malas sangat nak update ape ape. Serius banyak gila benda nak sharing masa pregnant haritu, Takpela, nanti ada masa kita wat sesi throwback je la ye ;)

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby pada 5 september 2014 pada pukul 10.48 malam. Actually sepatutnya due date pada 28 ogos , tapi baby takmo keluar. jenuh aihhhh aku wat macam2 nak bagi baby cepat cepat keluar. Tapi apakan daya, baby pilih bulan september. Dah la kena induce (dipaksa bersalin), mengharungi sakit dari tengahari sampai la malam. Last2 kena emergency czer. Huaaaaaa..sedihnye. 

Nanti aku cite pengalaman bersalin ye, sebab panjang sangat nak cite.Hehehe. Sekarang ni still dikampung untuk berpantang. Hari ni dah hari ke 25. Fuhhh..lama lagi nak tunggu 44 hari ni. Hanya mampu bersabar. Yang penting berat badan dah turun dengan jayanya. Siap dapat berat masa anak dara. Gitewwww ;)




Adra Sofiyya..moga membesar jadi anak yg baik dan solehah ;)


P/s: waktu tido sekarang dah berubah...mata pun da jadi cam panda ;)

Thursday, 17 April 2014

21 weeks sudaaa ~



Salam semua...

Alhamdulillah ..masuk 21 weeks dah pregnant. Macam biasa la mood malas nak update blog tu memang teruk. Tapi aku ada tabiat baru sekarang...hikhikhik. Sekarang ni terlampau rajin mengemas rumah, habis semua ceruk dalam rumah aku nak kemas dan kilatkan. Kadang kadang si raja pun tegur, dah tengah malam duk kilatkan dalam peti ais lagi.Ahahaha....

Actually last week ada masalah sikit , beberapa hari tak boleh tidur malam sebab sakit pinggang dan perut dibahagian kanan. Memang sakit sangat sangat sampai termenangis tengah tengah malam. Then hari jumaat lepas rasa macam risau pulak sakit lama sangat, Raja terus bawa pergi hospital Sg. Buloh. Hospital dikira berdekatan dengan tempat aku, dan paling best aku memang suka hospital ni sebab nurse dia baik2 belaka. Dulu gugur pun admit kat hospital sg.buloh jugak :)

Lepas beberapa jam cek, rupanya doktor cakap urine kotor. Hurm..patutla nak buang air kecil pun sakit sangat. Rupanya urine kotor. Seksa sangat rasa macam kena gastrik pun ada. Tapi doktor tu ada bagi petua nak elokkan urine kotor ni, makan ubat dia bagi macam antibiotik dan urine alkalizer, lepas tu dia kata kita boleh amalkan minum air barli, dan banyakkan minum air kosong.



Balik dari hospital tu terus aku & raja gi memborong air mineral satu kotak. Gitewwww.. minum banyak banyak. hikhik. Semalam gi klinik private pulak, sesaja nak cek dengan doktor private nak tanya pasal sakit pinggang  belah kanan aku ni, maybe betul jugak doktor tu cakap aku setiap malam tidur mengiring belah kanan, so bebanan banyak ke arah kanan. Lepas tu doktor buat scan, nak tengok kot ada masalah lain ke... yeayyy dah nampak gender baby. Sukenyeee aku.. Alhamdulillah size dia ok, aktif semacam sampai doktor pun gelak2. Leganya hati :)




Sunday, 23 June 2013

Wedding Progress #3


Salam semua....


Hai u oll ;) Ya Allah lamenye aku tak mencorat coret kat sini. serius takde hati nak bukak blog walaupun dalam otak banyak giler benda nak share dengan kawan kawan. Dalam sebulan ni aku de penyakit baru. Penyakit malas namenye. 

Ya Allah, tak tahu la nak jadi ape. Memang banyak kerja tertangguh sebab aku malas nak buat ape2. Balik keje selalunya sampai umah dalam kul 9 malam, letih. Terus baring. Dah tu aku nak on laptop pun takde hati. Lepas sejam baru aku mandi, gosok baju untuk kerja esok, then tido. Baju yang dah basuh n kering, aku longgok je dalam bakul. Jar untuk doorgift pun tak abis lagi aku DIY. 

Tapi dalam malas malas tu, Alhamdulillah, borang nikah dah setel. perghh..mencabar betul bab borang nikah ni. Banyak benor procedure dia. Yang aku musykil tu, even susah kan, tapi macam mana laki selamber jer kawin 2 eh. Banyak sangat dugaan bab kawin ni. Tapi Alhamdulillah setel gak malam tadi. ;)

Awal bulan 7 sebelum puasa akan fitting baju nikah dan baju sanding pulak.Sempat lagi ni kalo wat diet atkins. Ngehngehngeh :) Letihnye kesana kemari. Hope sangat semua ni berlalu dengan cepat, sebab rase hidup dah tak normal. Sebelum puasa ni jugak aku n parent nak gi borong barang barang   untuk kenduri. Alhamdulillah homestay untuk family raja masa hari kenduri pun dah dibook. Lega sangat dapat harga murah dan rumah yang selesa untuk mereka. Yer la, bukan senang kan nak happykan semua orang. Kalau boleh nak semua orang selesa n puas hati :)

Part paling best kad kahwin i oll dah siap. Yeayyy.. tak sabar nak melipat kad, nak tulis alamat kawan kawan semua. Seronok sangat order kad kahwin then dapat free 2 pcs bunting. Semoga murah rezeki vendor tersebut ;)


Kawan-kawan mane nak cari bunga telur yang simple n nice eh. Nak beli dalam 200 pcs je pun. Then kat mane nak borong gula2 or coklat untuk doorgift kanak kanak riang? Any idea friends? 


68 days to go ;)
Semoga diberi kelancaran dalam urusan kami berdua ;)


Tuesday, 28 May 2013

Finally :)

Salam semua...


Hai korang. Lame gile tak update entry. Sebab memang tak cukup masa, nak tido pun tak dapat tido lama lama macam dulu dulu. Sob sob :( Terlalu banyak perkara yang harus disetelkan sekarang. Tambah tambah masa semakin suntuk. Mane tak nye, tinggal lagi 94 hari. Rase macam masa terlebih pantas le pulak. 

Lately ni memang banyak benda yang aku setelkan, hal wedding, hal keluarga, dan Alhamdulillah terbaru baru selesai pembelian kereta. Syukur sangat sangat, sebab dah lama mengidam nak ada kereta sendiri. Dah lama mengidam tak nak menyusahkan raja, kalau aku nak pergi mane2. Insyaallah lepas ni boleh la berdikari sendiri. Walaupun kereta ku kereta biasa biasa saje, jadila kan untuk ulang alik balik kampung , jalan jalan, dan gi kerja. 



Untuk hal wedding pulak makin lama rase macam makin sesak nafas memikirkan macam banyak lagi tak prepare dengan kerja kerja DIY tak buat2, dengan dokumen nikah tak setel lagi. Rase macam dah start awal da, tapi nape macam tak setel2 lagi eh. HUaaaaaa.. setakat ni kad kawin dah berjaya ditempah, dan dalam proses pembikinan. Alhamdulillah, lege sangat dengan vendor ni. Sangat2 bagus, sekejap je order, dalam 3 4 hari dia dah boleh tunjuk draft. Yang penting berbaloi baloi :) Rase macam tak sabar pulak nak tunggu kad kawin siap, dan nak poskan pada kawan kawan. Haha...galak sungguh. 


Notakaki: Al-Fatihah untuk blogger ex bride to be Teha, Semoga tenang disana. 

Monday, 11 March 2013

Sekali sekala dilayan bak princess



Salam semua...

Hai korang. Lame tak menjenguk sini..kalo datang pun juz drive thru...haha, boleh gitu. Kawan kawan ape cite? Camno life u oll? bride to be march mesti tengah dup dap dup dap kan...go go go girls !

wedding progress aku masih lagi berjalan suam suam kuku. Haha..baju nikah dah hantar last week, tapi yang tu nanti aku cite ye aku anta kat designer mane. Designer gitu...muahaha. Asik gelak je, macam nak kene lempang kan. 

I oll sekarang happy sebab i oll tidak lagi kesunyian sebab i oll ade peneman baru. Apekah?? ?


Tadaaaa...kita dah ade Mr.Ted....;)

Semalam Raja baik hatiiiii sangat bawak aku pergi gudang Teddy Bear kat Shah Alam. Rambang bijik mata bila dia suruh pilih nak Mr.Ted yang mana. 


 Haaaaa...rambang tak bijik mata korang:)

Serius, beli kat sini murah. Yang aku pilih tu size 1.2 meter, harga RM150. Kalau beli kat luar RM250 ke atas tau. Macam macam design dan warna ada. Korang boleh la nak bertapa kat situ bape lame, sebab pening tak tau nak pilih yang mana kan. 



Tuan gedung yang baik hati ni bagi kami free gift yang super duper cute, I LIKE.

Cute kan bear kecik n tempat letak hp tu. 



Jom tengok promotion yang ada sekarang kat bear besar:





Kalau sapa yang duduk area Shah Alam boleh la pergi terus ke gudang Bear Besar ni terus. Nah ni alamatnye :)

No. 52A Jalan Keluli AN7/AN
Pusat Perindustrian Bukit Raja
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor
017-5187140 / 017-625125

Website: http://www.bearbesar.com/
FB: http://www.facebook.com/bearbesar?fref=ts




Notakaki: Thanks tunang! 

Tuesday, 12 February 2013

Wedding progress #1



Salam semua... :)




Hai semua B2B..Juz a quick update nak share my wedding progress. Tengok wedding tiktok kat sebelah ni menunjukkan lagi 6 bulan 2minggu 4 hari bersamaan 199 hari sebelum my wedding day. Rase macam lama lagi kan. Tapi bagi manusia yang slow macam aku ni harus lah kena setelkan secepat yang mungkin kan. 

Untuk progress sepanjang bulan januari dan februari ni Alhamdulillah, banyak le jugak hal2 yang besar dah disetelkan. Antaranya :


* Tarikh dah setel (Nikah-30 ogos , Resepsi - 31 ogos, Bertandang- 28sept )
* Katering utk Majlis bertandang dah book
* Done booked Dewan utk Majlis bertandang ( Dewan Kastam Kelana Jaya)
* Done booked tukang mekap utk Nikah
* Done booked Photographer
*Done booked PA system
* Done booked bridal pakej utk side aku ( Pelamin, mekap, baju pengantin, henna )
* Done veil nikah
* Done deal dengan Tailor utk design dan harga baju nikah ( hantar tailor end of this month)
* In progress beli aksesori utk guestbook corner
* In progress gi survey jar utk doorgift 


Alhamdulillah, ade jugak le progress untuk wedding aku ni kan. Ni pun atas kerjasama family dan pakcik makcik yang sangat supportive. Ahad baru ni gi bridal butik, dengan parent. Dah survey2, ade yang berkenan terus mak n abah suruh book jer. Baju abah yang pilihkan, haisshhh...excited nak tunggu bulan 8 nih. Hahaha..











Ni antara baju2 yang aku sempat snap. Semuanya nampak cantik sampai rambang mata i oll tau. Mun, kenal tak baju kat atas tu..hehehe. Rupenya susah ye nak pilih baju, susah nak buat keputusan. kikiki.. ape ape pun tetap lega sebab dah setel booking bridal pakej. Lega ati mak nokk. :)


Notakaki: Heeee..bye semua. Nak gi survey doorgift dengan raja. Semoga segalanya dipermudahkan ALLAH :)