Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Showing posts with label Little junior RajaLinda. Show all posts
Showing posts with label Little junior RajaLinda. Show all posts

Monday, 24 August 2015

Pancake pisang untuk baby


Salam semua....

Sihat ke semua kawan kawan bloggerku. Rase bersalah da lama tak update blog, tapi nak buat camne masa tak mengizinkan.

Harini just nak share dengan korang.. Last saturday aku buatkan mini banana pancake untuk Adra Sofiyya. Try n error je, nasib baik menjadi. Yang bestnye banyak adra makan. Seronok tengok dia makan berselera camtu.


RESEPI: 
Blend sebiji telur, 4-5 biji pisang mas dan sesudu yogurt. Then adunan yg dah diblend korang campurkn dengan 4-5 sudu tepung. (Aku guna tepung faiza). Pastu panaskan non stick pan. Guna unsalted butter utk bg berminyak sikit pan tu. lepas tu bolehla goreng cecomel cam i oll buat. 


Lembut je pancake tu, yang penting no sugar ye. Resepi sihat untuk baby. By the way, adra da 11 bulan ++. 


Adra da mengecil sbb terlalu aktif, tapi bersyukur sebab dia sihat dan bijak. Masih berselera makan. Semua yg aku masak, semua dia makan dgn abis .

psss: doakan adra membesar dengan sihat dan bijak ye :)

Tuesday, 30 September 2014

Little Junior of Linda & Raja ;)



Salam semua.... 

Huhu..lama gile tak update blog. Last update bulan april.Sekarang dah hujung bulan september dah,Gile lahhhh. Maaf ye, masa pregnant hari tu serius takde mood langsung nak bukak blog. Memang malas sangat nak update ape ape. Serius banyak gila benda nak sharing masa pregnant haritu, Takpela, nanti ada masa kita wat sesi throwback je la ye ;)

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby pada 5 september 2014 pada pukul 10.48 malam. Actually sepatutnya due date pada 28 ogos , tapi baby takmo keluar. jenuh aihhhh aku wat macam2 nak bagi baby cepat cepat keluar. Tapi apakan daya, baby pilih bulan september. Dah la kena induce (dipaksa bersalin), mengharungi sakit dari tengahari sampai la malam. Last2 kena emergency czer. Huaaaaaa..sedihnye. 

Nanti aku cite pengalaman bersalin ye, sebab panjang sangat nak cite.Hehehe. Sekarang ni still dikampung untuk berpantang. Hari ni dah hari ke 25. Fuhhh..lama lagi nak tunggu 44 hari ni. Hanya mampu bersabar. Yang penting berat badan dah turun dengan jayanya. Siap dapat berat masa anak dara. Gitewwww ;)




Adra Sofiyya..moga membesar jadi anak yg baik dan solehah ;)


P/s: waktu tido sekarang dah berubah...mata pun da jadi cam panda ;)