Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW


Salam semua...

Nak share something dengan korang semua... hikhik. Maaf tak sempat nak update entry personal. Nanti nanti aku share entry pasal pregnancy or review pasal wedding lagi ye :)

*****************************************************

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.




Masa pregnant ni memang 2 buah ni yang aku rajin makan.. rasenya hampir tiap tiap minggu gi membeli buah anggur & delima. Sedap betul rasanya kalau dapat makan 2 buah ni 


*****************************************************



Notakaki: Renung renungkan dan selamat beramal..:)

Monday, 21 April 2014

Amalan bacaan surah semasa mengandung :)



Salam semua...

Nak share dengan mommy to be semua mengenai surah surah yang elok kita amalkan semasa mengandung ni. Masa mengandung ni kena banyakkan membaca Al-quran, surah2, selain tu kita kena jaga tingkah laku dan percakapan kita jugak kan. 


1- Surah AL-Fatihah 
Untuk terang hati dan kuat daya ingatan

2- Surah Yusuf
Untuk mendapatkan anak yang cantik rupa dan cantik akhlak 

3- Surah Yaasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada manusia

4- Surah Luqman 
Untuk mendapatkan anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

5- Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang taat dan sabar

6- Surah At- Taubah
Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

7- Surah Hujurat
Untuk banyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati hati

8- Surah An-Nahl ayat 78
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin



Sekarang ni dah senang, masing masing dah guna smartphone kan. Macam aku download je application Quran MP3 audio dari playstore tuh, dia ada bacaan dan jugak audio. Senang sangat. Setiap hari pastikan membaca satu surah, yang bestnye baby mesti bergerak aktif masa kita dengar bacaan surah2 ni. ALHAMDULILLAH :)


Thursday, 17 April 2014

21 weeks sudaaa ~



Salam semua...

Alhamdulillah ..masuk 21 weeks dah pregnant. Macam biasa la mood malas nak update blog tu memang teruk. Tapi aku ada tabiat baru sekarang...hikhikhik. Sekarang ni terlampau rajin mengemas rumah, habis semua ceruk dalam rumah aku nak kemas dan kilatkan. Kadang kadang si raja pun tegur, dah tengah malam duk kilatkan dalam peti ais lagi.Ahahaha....

Actually last week ada masalah sikit , beberapa hari tak boleh tidur malam sebab sakit pinggang dan perut dibahagian kanan. Memang sakit sangat sangat sampai termenangis tengah tengah malam. Then hari jumaat lepas rasa macam risau pulak sakit lama sangat, Raja terus bawa pergi hospital Sg. Buloh. Hospital dikira berdekatan dengan tempat aku, dan paling best aku memang suka hospital ni sebab nurse dia baik2 belaka. Dulu gugur pun admit kat hospital sg.buloh jugak :)

Lepas beberapa jam cek, rupanya doktor cakap urine kotor. Hurm..patutla nak buang air kecil pun sakit sangat. Rupanya urine kotor. Seksa sangat rasa macam kena gastrik pun ada. Tapi doktor tu ada bagi petua nak elokkan urine kotor ni, makan ubat dia bagi macam antibiotik dan urine alkalizer, lepas tu dia kata kita boleh amalkan minum air barli, dan banyakkan minum air kosong.



Balik dari hospital tu terus aku & raja gi memborong air mineral satu kotak. Gitewwww.. minum banyak banyak. hikhik. Semalam gi klinik private pulak, sesaja nak cek dengan doktor private nak tanya pasal sakit pinggang  belah kanan aku ni, maybe betul jugak doktor tu cakap aku setiap malam tidur mengiring belah kanan, so bebanan banyak ke arah kanan. Lepas tu doktor buat scan, nak tengok kot ada masalah lain ke... yeayyy dah nampak gender baby. Sukenyeee aku.. Alhamdulillah size dia ok, aktif semacam sampai doktor pun gelak2. Leganya hati :)