Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Sunday, 2 June 2013

Makan free sokmo weh ~

Salam semua... :)

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke ari ni. sekarang ni musim kenduri kawin kan, almaklumla cuti sekolah kan. Yang seronoknye, dapat banyak wedding invitation dari kawan kawan. Tak sangka, masing masing dah mulakan fasa hidup baru. Kawan-kawan da la dari banyak lapisan, muahaha..de yang dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah, study kolej, dan kawan kawan keje. :)

Last week gigih aku dengan raja gi Majlis Perkahwinan kawan aku dekat Pantai Remis, kebetulan majlis dia hari ahad so aku dengan raja balik kampung aku dulu jumaat tu, then ari ahad kami berdua gerak dari Sungkai je ke Pantai Remis, so takdela rase jauh sangat. Tu pun bertolak pukul 9 pagi sampai Pantai Remis dalam pukul 1 lebih, tu pun kene cari rumah pengantin dulu.HUaaaa...pukul 2 baru sampai umah dia. Jauh jugak ke dalam, boleh pulak signage ke rumah pengantin dibuat dalam 2 je. Take note ye bakal pengantin, make sure korang buat signage banyak sikit supaya senang tetamu nak mencari rumah korang ;)


Wedding Jazli & Nadia ;)

Lauk lauk sangat sedap, ade daging masak hitam, ayam masak ape entah, then ade ayam panggang dan asam :)

Meja makan beradap pengantin :)

Bilik tidur pengantin..hantaran dia cantik :)



Doorgift, dalam tu ada bahulu & air mineral :)

Balik dari pantai remis tu sempat la kami berjalan jalan ke Sri manjung dan lumut kejap :)



Maju dah sri manjung ni, siap ade Aeon besor gitew. Nape la zaman aku study dulu tak de kemajuan macam ni :(

Yeayy..sempat singgah depan kolej..rindunye :)


Seri Iskandar. Love this place :)


Semalam pulak sempat pergi Majlis pertunangan kawan kami berdua, kawan mase study kolej dulu. Boleh pegi pun sebab umah dia kat Gombak jer pun. Heheheh..


Kami sampai dah lambat, so mase kami berdua sampai majlis da selesai da pun ..sob sob :(
tak dapat tengok wani disarungkan cincin ..

Cun kawan aku ni, berseri seri muka lepas menjadi tunangan orang..hehehe :)

Tingginye aku.. (tu pun sebab pakai wedges 4 inci)...



Notakaki: Weekend depan ade 3 kenduri... semakin ramai kawan kawan yang menamatkan zaman bujang. I oll bile lagi...;)

Tuesday, 28 May 2013

Finally :)

Salam semua...


Hai korang. Lame gile tak update entry. Sebab memang tak cukup masa, nak tido pun tak dapat tido lama lama macam dulu dulu. Sob sob :( Terlalu banyak perkara yang harus disetelkan sekarang. Tambah tambah masa semakin suntuk. Mane tak nye, tinggal lagi 94 hari. Rase macam masa terlebih pantas le pulak. 

Lately ni memang banyak benda yang aku setelkan, hal wedding, hal keluarga, dan Alhamdulillah terbaru baru selesai pembelian kereta. Syukur sangat sangat, sebab dah lama mengidam nak ada kereta sendiri. Dah lama mengidam tak nak menyusahkan raja, kalau aku nak pergi mane2. Insyaallah lepas ni boleh la berdikari sendiri. Walaupun kereta ku kereta biasa biasa saje, jadila kan untuk ulang alik balik kampung , jalan jalan, dan gi kerja. 



Untuk hal wedding pulak makin lama rase macam makin sesak nafas memikirkan macam banyak lagi tak prepare dengan kerja kerja DIY tak buat2, dengan dokumen nikah tak setel lagi. Rase macam dah start awal da, tapi nape macam tak setel2 lagi eh. HUaaaaaa.. setakat ni kad kawin dah berjaya ditempah, dan dalam proses pembikinan. Alhamdulillah, lege sangat dengan vendor ni. Sangat2 bagus, sekejap je order, dalam 3 4 hari dia dah boleh tunjuk draft. Yang penting berbaloi baloi :) Rase macam tak sabar pulak nak tunggu kad kawin siap, dan nak poskan pada kawan kawan. Haha...galak sungguh. 


Notakaki: Al-Fatihah untuk blogger ex bride to be Teha, Semoga tenang disana. 

Friday, 10 May 2013

Hiv Test- DONE :)

Salam semua....

Hai semua. Im back. Hehehe..ingat ada orang heran..:) Sedar tak sedar tinggal lagi 3 months and 3 weeks until my wedding day. Uishh..tetibe rase nak lari marathon beramai ramai untuk menghilangkan kekalutan dalam diri ni. 

So, wedding progress terbaru? Done our Hiv Test. Yeeehaaa..boleh kawin. Actually tak planning pun nak buat Hiv Test rabu baru ni. Rabu dan semalam aku MC sebenarnya sebab demam dan asma. Ohh,sedih :( Lepas tu ari rabu tu kebetulan Raja nak bawak gi Klinik, terus je laju aku ajak dia buat Hiv Test. Kebetulan form saringan Hiv memang dah ada. 


Actually Raja dah survey dah sebelum ni, yang klinik kesihatan kat Kelana Jaya juz datang walk in untuk buat Hiv Test. Alhamdulillah rezeki kami ari tu, tak ramai orang. Ada 4 pasangan je yang buat Hiv test.

So untuk panduan B2B yang nak buat Hiv Test dekat KK Kelana Jaya, korang tak perlu buat appointment. Datang terus. Dia ada buat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pagi tu tak sure pukul berapa, rasenye pukul 9 pagi. Then untuk sesi petang, pukul 2 sampai 4 sengah. If nak datang, datang awal sebab dia ada quota. Satu sesi, boleh buat 10 orang je. Then petang 10 orang. 

Sebelum datang, make sure semua dokumen da ada. Contohnya kalau korang dari negeri lain, korang ada borang saringan hiv yang diambil dari pejabat agama negeri korang. Macam aku orang perak, tapi wat hiv test kat selangor. Raja da memang orang selangor,so dia tak perlu apa apa dokumen. Jangan lupe bawak ic ye. 




Dah sampai terus gi daftar, staff akan bagi form untuk anda dan pasangan isi. Dah isi semua lengkap, bagi balik staff tu then ikut je arahan dia suh letak mane, tunggu nombor giliran kat mane. Dan lagi senang, keputusan dapat lepas 30-40 minit lepas kita dah buat Hiv Test tu.Senang kan :)


Dah dapat result. Lega. Satu hal da selesai.




Notakaki: Semoga dipermudahkan segala urusan :) Errr..malam nanti aku marathon ke blog korang semua ye :)



Wednesday, 1 May 2013

Kembali ke tabiat lama ;)

Salam semua....


Sebelum terlambat , aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua pengunjung blog ni. Tapi yang tak berapa nak syoknye cuti hari pekerja jatuh pada hari rabu, alahai kalo hari jumaat or isnin kan bagus. Boleh direct je cuti kan. 

So aktiviti hari ni adalah mengunjungi Pesta Buku di PWTC. Mula mula ingat nak pergi sorang je, sebab tak ade kawan pulak yang free nak teman aku. Finally, adik aku nak join. Ok lah kan, ade la bodyguard nak jage aku...muahaha. 

Serius ramai gile orang kat PWTC tadi, bersesak sesak. Rasa nak pengsan pun ada. Tak best pulak bile dah ramai sangat orang sebab  nak pilih buku pun susah. Bertolak tolak macam mana nak pilih buku kan, nak tengok sinopsis belakang buku pun tak sempat. Geram betul. Lagi geram yang menyembang tetengah jalan. Tahu tak susah orang nak lalu. Ok, maaf teremosional pulak. 

Actually, takde planning nak beli buku pape pun. Juz cari2 buku motovation yang menarik. Tapi tak de yang menarik sangat. Buku untuk student banyak ler. Penyudahnye kembali ke tabiat lama, iaitu memborong novel. Rasenye da lama tak beli novel. So tadi terbeli 3 novel. Terbeli okey. 

Rase macam nak borong semua novel. Geram!


Novel Siti Rosmizah dan Eman sufi wajib dibeli. Penulis fevret aku tuh. ;)


Ape aktiviti anda semua cuti hari pekerja hari ni?? Cercite...

Sunday, 28 April 2013

Aku yang kecewa :(



Salam semua...



Maaf sangat jarang update blog. Sekarang ni masa terpakse dibahagikan kepada banyak cabang. Ini la namanya cabaran hidup. Tak de cabaran tak best pulak kan. Hidup kene rock! 

Actually banyak benda sangat nak share, tapi kekangan masa memang susah la. Tapi hari ni aku nak luahkan kekecewaan aku terhadap beberapa wedding vendor. Sometime aku tak paham dengan orang yang meniaga ni. Masa kita deal punye la bermulut manis, menjanjikan layanan dan servis yang tiptop, tapi bila kita dah bayar deposit or dah beli barang dia indah khabar dari rupa.

1st aku rasa macam sedih sangat bazirkan duit beli felt handbouquet dari someone ni. Ok la, aku juz tambah separuh duit sebab aku de menang saguhati contest yang dia anjurkan.Masa contest tu pun dah berlaku konflik da dengan owner dia.  Handbouquet berharga RM100, dah decide pilih mana, nak warna apa, nak design macam mana, dah bayar payment semua. Then dia tak bagitahu langsung dia dah poskan barang, kebetulan masa barang sampai tak ade sape kat rumah sebab kami semua balik kampung arwah opah meninggal. Bila sampai KL lepas 4 hari de nampak poslaju punye notis suruh amik parcel dekat pejabat pos. Rasa macam kecewa sangat sebab owner dia tak inform langsung handbouquet dah siap, tunjukkan picture pun tak de kot2 la customer ni puas hati ke tak, de nak ubah apa apa ke..memang dia senyap. Last message masa aku inform aku buat payment. Then takpela, aku sabar. Pergila amik handbouquet tu dekat pejabat pos, bukak2 je rasa nak menangis sebab handbouquet tu tak seperti yang aku bayangkan, siap de yang da senget2, da nak tercabut pun ada. Rasa macam membazir sangat duit. Tunjuk kat mak, mak pun cakap tak berbaloi. Raja lagi la bising. Takpe, sabar. Dalam dunia ni ada hukum karma. Maaf tak de gambar bunga tu , sebab aku da sumbat bunga tu dalam almari kat kampung. 

2nd, kecewa dengan butik pengantin yang aku dah book dekat tanjung malim tu. Rasa macam takde layanan pun. Aku inbox 2 kali tanya bende penting, 3 minggu tak reply2.Sedangkan aku nampak dia online setiap hari. Aku ni bukanla cerewet mana pun, aku tak kisah baju tu baju baru ke lama ke, asalkan nampak cantik pada aku, servis ok, aku ok je. Tapi aku paling pantang kalau orang tak tahu macam mana nak layan customer. Balik kampung, discuss dengan mak, mak decide tukar butik lain.Butik yang aku dah book tu aku cancelkan. Burn la duit deposit aku tu. Nasib baik deposit RM100 je, tapi RM100 pun duit tauuuuu. 

Ahad lepas survey survey butik lain, Alhamdulillah jupa servis yang aku mahukan. Pakej lagi murah, even dia bagi aku baju baru. RM1500 untuk baju sanding L+P yang baru, mekap, aksesori, pelamin moden, kasut, bantal nikah bulat 2 biji, meja akad nikah. Alhamdulillah bersyukur sangat. Setakat ni puas hati sangat deal dengan butik yang sekarang ni sebab layanan yang tiptop. :) Tetibe rasa tak sabar nak pakai baju pengantin..muahaha..!

Apa apa pun, juz pandang bende ni sebagai ujian kecil dan semuanya ada hikmah. Belajar untuk jadi SABAR dan belajar untuk BERHATI HATI :)


Notakaki: Ya ALLAH kau permudahkanla urusan kami :)