KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.
Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.
"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat.
Aduhaii..macam2 kes sekarang ni. Petang semalam kat opis aku (rapid kl) aku duk dengar kecoh2 orang kate de bende meletop kat Lrt Sri Rampai.. aku dengan amy dah buat macam2 spekulasi da..terpikir gak train meletup ke..nauzubillah. Rupe2 nyer tandas yang meletup kat Lrt Sri Rampai tu. Pening la bos2 aku. Pelik pun ade macam mane la boleh de mercun kat dalam tandas tu..ade orang wat dajal ke ape. Erm..tapi kesiannye mamat yang kene tu. Tak pasal2 daripada hajat nak "membuang" tetibe jadi kes letupan..err..
Notakaki: berhati2 la kite semua ye..sekarang ni kes pelik2..




