LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.
Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.
Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.
sumber: KOSMO
Huuu..saspen je mati selama 78 minit, ni la namenye belom sampai AJAL. Bersyukurnye tuhan bagi peluang kedua untuk hidup..tapi kan pelik kan, selalunye kalo jantung dah berhenti otak pun akan mati gak kan. Inila namenye kuasa ALLAH. Tapi kenape ramai yang dapat serangan jantung mase main bola ye..hurmm..takutnye la. Jantung tu ibarat bateri utama kite kan..tetibe rase nak buat kempen sayangila jantung kita..:)
KUNFAYAKUN...kekuasaan Allah yg tiada tandingannya...sy syg jantung sy:)
ReplyDeletekuasa Tuhan .
ReplyDeletesatu keajaiban kan..kuasa yg Maha Esa.. :)
ReplyDeletekuasa tuhan.tiada tandingan.untung hidup.
ReplyDeletesemoga dia bertemu 'sesuatu' disaat 'kematian' yg sekejap tu...
ReplyDelete*linda ada ym? add poca_hontas87 boleh citcat =)
sy amik pakej tanjung malim
sungguh besar kuasa Allah..
ReplyDeletesegalanya.. URUSAN ALLAH S.W.T.
ReplyDeletewah.. itu semua memang kuasa tuhan.. ujian daripda tuhan..
ReplyDeletejantung dia mmg jenis jantung yg kuat ni...nmpk terhenti,,tp masih boleh pakai.....sampai 15 kali tu kena kejutan bru berfungsi jantung...
ReplyDeleteklu org biasa2,,3 kali jek kn boleh bg kejutan tu,,klu xde respon,,di sahkan meninggal..
maen bola lasak sgt ni, jantung x bole tahan.
ReplyDeletekuasa tuhan....dia belum layak utk mati lagi kot
ReplyDelete