Salam semua...
Cuti panjang baru ni korang buat apa je? Macam biasa weekend aku akan balik ke sungkai, tapi semalam awal awal lagi dah gerak balik ke Rawang. Sebabnya dah janji nak cod barang dengan beberapa orang customer.
Dah setel COD, singgah ke Aeon Rawang jap, makan dan beli barang sikit. Si Adra Sofiyya pulak dah menangis bila keluar Aeon, tak puas berjalan. Alahaiii anak, sabar je lah mama n ayah ni. Haha.
So decide dengan husband, gi lepak kat Taman area Bandar Tasik Puteri dulu. Lagipun tengok jam pun baru pukul 6 tepat.Apa lagi seronok la si Adra dapat tawaf Taman, dapat berjalan kedek kedek dia tu, dapat main tanah bagai. Takpe, sekali sekala bagi dia enjoy. Kesian kalau weekdays mama dan ayah kerja, weekend bagi peluang kat dia untuk main2 :)
Actually nak share something, semalam bila lepak di taman, tengok ada juga sesetengah parents yang lepaskan anak main area situ, tanpa pengawasan parent. Parent busy sembang, busy tengok handphone. Pleaseee parent, sekarang dah banyak sangat kes culik. Jadikan ikhtibar dengan kes kes sebelum ni. Jangan abaikan anak anak anda.
Tips untuk parent bila membawa anak di taman:
- Make sure duduk di area ramai orang
- Sentiasa memerhatikan gerak geri anak
- Pesan pada anak supaya menjerit if ada orang yg tidak dikenali ingin mengusik or membawa larinya
- Tidak membiarkan anak pergi main terlalu jauh dari pandangan mata anda
- Sediakan kain or towel muka untuk mengelap peluh anak
- Sediakan bekalan air kosong dari rumah untuk anak2 dan untuk kita sekali, supaya kita tidak dahaga dan tidak perlu membeli air or jajan yg dijual dikawasan Taman.
- Balik rumah sebelum maghrib
Ok tu je yang aku terpikir point2 yang boleh dikongsi dengan korang. Jagalah anak anak kita dengan sebaik baiknya, kerana anak itu adalah anugerah dan amanah dari ALLAH.
bagus tips tu..Adam pun weekend je baru dpt kuar rumah..bila ajak kuar, laju dia nk bersiap..pandai dah..huhu~
ReplyDeletetips yang bagus... cegah sebelum terlambat.. hehe..
ReplyDeleteAnak anak dah besar besar so bab ni mmg tak risau.
ReplyDeleteYg anak kecik kena alert....bagus tips ni
Anak anak dah besar besar so bab ni mmg tak risau.
ReplyDeleteYg anak kecik kena alert....bagus tips ni