Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Monday, 4 April 2016

Mandi Lemon untuk rawatan demam anak


Salam semua..

Lama tak bersiaran kat blog. Harini nak share antara tips rawatan awal yang aku akan buat setiap kali Adra Sofiyya demam/selsema.
Pernah dengar mengenai MANDI LEMON?

Haaaa..sebut lemon je dah terbau bauan yang segar kan.Selalunya bila badan adra dah start panas (dedar), cepat cepat aku akan cari lemon. Then hiris2 lemon tu. Then dalam besen or tab mandi sediakan air suam suam kuku. Dah penuh letakkan hirisan lemon tadi dan perah je dalam tu.

Dah siap air lemon tadi,bolehla dimandikan anak dalam air tadi, lagi best biar je anak berendam. InsyaAllah cepat je suhu badan anak akan turun.

Bagusnya mandi lemon ni , sebab lemon ni boleh meredakan suhu badan anak. Selain mandi lemon, kadang kadang aku akan buat rawatan lemon socks. Caranya senang sangat, selalu buat malam2 masa anak tidur. Ambil besen dan isikan dengan air suam, perah sebiji lemon dalam air suam tadi, then rendamkan socks dalam air tadi. Dalam 20 minit camtu , amik socks tadi perah dan pakaikan ke kaki anak. Mula2 anak mungkin tak selesa sebab stokin tu lembap kan. Tapi jangan terkejut kalau korang tengok kejap je stokin dah kering, sebab lemon dah serap panas badan anak anda :)

InsyaAllah try la, mudah mudahan dapat membantu ibu ibu semua. Tapi if suhu dah tinggi, better cepat bawa ke hospital. Sambil2 tu boleh ikhtiar dengan natural remedies kan :)






Psss: InsyaAllah blog ni akan diaktifkan semula dengan banyak lagi perkongsian menarik :)


6 comments:

  1. Tak pernah try lemon utk meredakan demam...tq petua ni Linda.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try lemon utk meredakan demam...tq petua ni Linda.

    ReplyDelete
  3. Bau lemon sangat menyegarkan.. ;)

    ReplyDelete
  4. salam...kene bilas tak selepas mandi air lemon ni..tq

    ReplyDelete