Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Saturday, 30 July 2011

Tak Salah Kalau......


Beberapa hari lepas aku lepak kat kedai minum area Sunway. Baru beberape minit duduk, datang sorang pakcik yg buta mintak sedekah ngan hanye bermodalkan tisu. Macam biasa aku menghulurkan RM1. Kebelakangan ni aku tengok terlalu ramai peminta sedekah yg wat macam ni. 

Aku pun tak tahu kenape terlalu ramai peminta sedekah kat Malaysia ni. Ade yg cakap ni sindiket pengemis kat Malaysia ni coz orang buta tu akn pergi dari meja ke meja sambil ditemani oleh sorang yg tak buta. Korang penah tak tengok berita kat TV3 pasal pengemis2 nih dorang boleh meraih pendapatan sebulan dalam RM3Ok...Ermm...banyak kan.

Pendapat aku?? Aku tak tahu nak cakap macam ne, tapi pada aku selagi aku masih mampu untuk menghulurkan sedekah/derma, akan aku buat. Biarlah ade orang cakap aku bodoh ke ape..yg penting aku buat atas dasar kemanusiaan. Mungkin dorang boleh raih pendapatan lebih dari aku, tapi cuba korang pikir dorang tak ade life macam kite coz dorang BUTA. Tuhan tu Maha Adil coz Tuhan bagi dorang kekurangan penglihatan, tapi Allah murahkan rezeki mereka. Kalau dorang ade duit banyak mane pun dorang tetap tak dapat life macam kite. Biarlah kalau itu cara dorang mencari rezeki...itu antara mereka dengan ALLAH...yg penting kite sebagai manusia masih tau menghargai orang sekeliling kita n tak salah kalau rezeki kita hulurkan sedikit utk mereka yg memerlukan.

Mungkin ade sesetengah rakyat Malaysia ni takut nak menderma coz takut ditipu. Yes, aku paham semua manusia takut ditipu..tapi jangan lupe mungkin satu hari kita dah membantu manusia yg betul2 memerlukan bantuan tu. Cuba korang bayangkan, mungkin tak semua pengemis tu baik, tapi bayangkan kalau tetibe kita tengah minum..datang seorang pengemis yg merayu mintak sedekah...mungkin dia betul2 memerlukan sedekah kita tu.. Kadang2 kita kene buat atas dasar kemanusiaan. Tak luak RM1 tu kalo kite hulurkan untuk dorang. Kita pun belum tahu lagi macam mane hidup kita 30 tahun akan datang..adekah bertambah baik atau sebaliknya....

Dalam dunia ni tak semuanya indah......


No comments:

Post a Comment