Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Wednesday, 9 November 2011

ohh HARAM


Alkisahnya pagi ni aku berkobar kobar bangun awal, kul 5.15 dah bangun cuci muka n menuju ke dapur. Siap panaskan air n bancuh milo bagai. Niat di hati bangun awal nak bersahur coz nak puasa ganti. Murni kan niat di hati aku. Heeeee...

Dah bancuh2 milo, dah amik sebungkus roti aku pun menuju le ke meja makan, tetibe muncul cousin aku. Tanye nape awl sangat aku breakfast, aku pun dengan penuh keyakinan di hati aku jawab aku nak bersahur. Waaaa..pastu dia pun dengan yakin cakap yg hari ni adalah hari tasyrik, mane boleh puasa. Dalam mata rabun2 ayam aku poun geledah kalendar. Dang!! macam kene hempap buah kelapa je aku rase. Penat gile bangun awal coz nak bersahur, tapi arini mane boleh puasa. The moral of story adelah, rajin2 le bukak kalendar islam ye. Aku ni memang le jenis gelojoh, tak reti2 nak tengok tarikh tu boleh puasa ke tak.

Ok, untuk info semua hari tasyrik adelah adalah merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan bekenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.

So dalam hari tasyrik ni kita diharamkan untuk berpuasa coz mengikut hadis hari tasyrik adalah hari makan dan minum.

berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :

" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "


So hari ni kene pikir arini lunch nak makan ape yer???

No comments:

Post a Comment