Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday 11 September 2012

Abang rambo yang awesome.




Salam semua..


Morning U all! Sebelum memulakan hari yang super duper busy nih, aku nak update blog kejap ye. Nanti dah free sikit aku gi melawat rumah korang petang karang. Jangan lupe sediakan air ribena untuk aku. Kelasss ko jah.

Petang semalam lepas abis keje, encik tunang datang ambik aku. Ni first time dating lepas bergelar tunangan si dia. Haha, perasaan? sama je, sebab dia belum jadi Mr.hubby. Cuma dia bertambah sweet la lepas tunang ni. Sabar gile dengan kepala angin taufan aku. Tak tau le nape lepas bertunang ni aku makin kepala angin. 

Semalam cadangnye nak tengok wayang cite expendables 2, sampai je Sunway piramid terus tengok tiket. Malangnye ade tiket untuk kul 11.40 malam jer. Sanggup aku tengok gak, sebab minat gile dengan abang rambo yang gagah. By the way, this movie memang best. Penuh action dari mula sampai abis. Paling best sebab hero utama dia adalah Sylvester Stallone. 

Sinopsis:


Cerita dimulakan dgn seorang lelaki dipukul dan diseksa hidup2 oleh sekumpulan org jahat. Team TE2 yg diketuai oleh Barney Ross (Sylvester Stallone) ni dlm misi nak selamatkan taikun bisnes berbangsa Cina. Selepas berhempas-pulas melawan org jahat tu, akhirnya team TE2 pun berjaya selamatkan lelaki yg kena pukul tu. Lelaki tu rupa2nya Trench (Arnold Schwarzenegger) yg datang dari team yg lain. Trench nak selamatkan taikun bisnes tu tapi last2 dia yg kena tangkap. Team TE2 pun bawak keluar taikun bisnes tu dari tempat tu. Yin Yang (Jet Li) pulak escorts taikun bisnes tu ke China dan berpisah dgn team TE2.

Mr. Church (Bruce Willis), seorang ejen CIA datang approach Ross utk lakukan satu misi tergempar. Misi tu ialah utk mengeluarkan satu peti keselamatan dari sebuah pesawat yg terhempas. Dlm masa yg sama, Church mintak supaya seorang pakar teknikal, Maggie (Yu Nan) utk join team TE2. Church dah bagi warning awal2 supaya Ross jaga Maggie baik2 atau Ross dan kawan2nya tak akan selamat. Ross pun tak ada pilihan dan ikut je arahan Church ni. Team TE2 pun pergi ke pesawat yg terhempas tu dan dgn bantuan Maggie, peti keselamatan tu pun berjaya dikeluarkan. Selepas beberapa lama, team TE2 ditahan oleh satu team lain yg diketuai oleh Jean Vilain (Jean-Claude Van Damme). Berjaya atau tidak misi team TE2 utk menjejaki dan menghapuskan Vilain dan kumpulannya itu? Apa sebenarnya kandungan peti keselamatan itu? Dan adakah Trench dan Church akan muncul dan membantu team TE2 melaksanakan misi itu? Semuanya akan terjawab bila anda menonton filem TE2 di pawagam!

Nampaknye macam aku je la manusia terakhir yang review pasal filem expendables 2 ni. Haha..sekarang ni dah tak boleh selalu tengok wayang, dah tak boleh selalu sangat makan mahal2, dah tak boleh selalu shopping2, kene berjimat cermat. Nak kahwin punye pasal kan. 




20 comments:

  1. btol2...citer ni sngt2 best...cik mah pun suker sngt2....btul juga bab2 kn berjimat tu kan..nk kawin..ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik mah pun suke cite action ye. geng la kite!

      Delete
  2. bila nak banje gue tgk wayang ni.hiks


    ai demam yuuuu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..datg raya umh aku dulu weh. Demam ke, sila makan ubat ye dik non

      Delete
  3. alamak bukan cerita akaklertu...
    kalau akak gi mesti tidur

    ReplyDelete
  4. filem ni mmg terbaik! tu sebab jijah review 4.5 bintang..hehe ingat nak download movie ni tgk berulang kali..heeeee

    ReplyDelete
  5. samalah kita cik linda.. sebb nak tgok..tak kisah lewat malam ke x..ritu semata2 nak tgok transfrmer prebiu..sanggup tgok wayang 1245 tgah malam.. balik ase nak pengsan..esoknya kerja..aigoo..

    apa pun..salut la tunang cik linda.. sabar orgnya.. org kata aorg bertung darah manis...hehehe.. take care yer,,

    ReplyDelete
  6. remy tak sempat nk tgk lagi...... hu3... baru dpt tgk the cold light of day jer.....

    ReplyDelete
  7. bgus buat review.. leh tgk nti.. ni lm dh tk tgk wyg ni hihi

    ReplyDelete
  8. hehe..samalah kita Linda..skang ni semua budget untuk hiburan kena cut off, nak kawin cepat kan~~ :p

    skang ni bwk bekal je hari2 g ofis..huhu..wayang berjaya dielakkan setakat kami bertunang ni~~~ :) tak tahulah tahan sampai bila~ :P

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...sy go threw comment by comment dan akhirnya di sini...

    ...baguslah, jimat cermat membawa keberkatan dlm hidup..moga dipermudahkn segalanya.

    ReplyDelete
  10. oh linda suka citer ala-ala abg rambo yee..akak kalo citer belasah-belasah ni x gemor sgt..faktor usia barangkali ekeke

    ReplyDelete
  11. wah, ramai gak pelakon2 femes.....ayu pun suke abg Rambo tu:)

    ReplyDelete
  12. wahhhhh ! bagus Linda ni buat review..
    nti blh la kak ana p tgk plak..hehe

    ReplyDelete