Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday, 20 November 2012

Sebab Utama Israel Membunuh Kanak-kanak Palestin

Salam semua

Ini sekadar renungan untuk kita bersama :




PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering mencari kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.


“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran.

Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.
ISLAM ITU SUCI

Subhanallah…..

 Notakaki: Actually.. ni email yang aku dapat dari akak opis ni. :)



19 comments:

  1. Actually, tak sanggup rasanya nak baca atau nak tahu tentang peperangan ni. sedih sangat. tak dpt nak bayangkan kalau perang ni jadi kat tempat kita.

    doakan semoga semuanya selamat. amin.

    ReplyDelete
  2. SubanahaAllah... Sedih... Doakan utk mereka...

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah..sedih lihat penderitaan mereka..moga Allah sntiasa melindungi mereka semua :(

    ReplyDelete
  4. sngt sedey tgok gmbr2 diorg..
    kalo lah kiter ada kuasa tuk balas blik...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah! Allahuakbar... biarlah mereka mati sebagai mati syahid! memperjuangkan agama Islam.. prayforGaza!

    ReplyDelete
  6. kita yg jauh ni hanya mampu berdoa.

    ReplyDelete
  7. tak sanggup nak melihat gamba ni.. betapa perit dan sakitnya mereka.. Ya Allah.. lindungilah mereka..

    ReplyDelete
  8. teha tak snggup nak tgk anak3 tu cedera..teha smpi tak tgk brita, newspaper sumee...sedih sgtt...senjata org mukmin ialah doa, mari kite berdoa sama3 ye:)

    ReplyDelete
  9. huhuhu....mereka ttp akan terima blasan atas ape mereka dah buat..Allah maha mengetahui....

    ReplyDelete
  10. truskn brdoa agr kzlimn mrk dpt dhntikn sgra.. sdh tgk brta dr gaza..

    ReplyDelete
  11. Sungguh kejam puak2 zionis...moga kekalahan milik mereka...btw linda sihat??raja mcm mna singgah penang lagi x??

    ReplyDelete
  12. subhanallah...... betapa mereka mentaati alQuran......
    sesungguhnya berat dugaan utk mereka...... Hanya Allah yg kita harapkan utk menghentikan segala kesengsaraan.....amin

    ReplyDelete
  13. SubhanaAllah... moga Allah meletakkan rakyat Palestin di tempat yang mulia.. mereka berkorban nyawa untuk menegakkan apa yang benar..

    ReplyDelete
  14. terharu setiap kali baca or tgok berita pasal mereka.....

    pelik dgn org2 yg sibuk berpolitik sedangkan saudara2 islam di sana menderita..

    ReplyDelete
  15. moga Allah SWT lindungi mereka semua...untung diorang dpt syahid..kite ni camne lah kan..

    ReplyDelete