Masa godek godek Facebook aku terjupa something. Dah baca baru perasan memang banyak kehidupan harian dan amalan kita yang terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Islam. Sekadar berkongsi dengan korang, yang mana kita boleh ubah kita ubah ye :)
10 AMALAN TERBALIK YANG TIDAK DISEDARI ♥
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Notakaki: Thanks pada kawan kawan yang mendoakan abah, share tips dan juga memberi semangat. Hidup ini perlu sentiasa POSITIF ;)
remy setuju..... byk yg lari dari nawaitu sebenar.....
ReplyDeletebetul tu u. hr tu pun i ada terbaca ni. kdg2 org melayu kit dh dibiasakan dr dulu cmtulah jdnya kan
ReplyDeleteLINDA.LINDA DUK MANA? JOM G SOPHIE KAT PJ TU NAK X? hehehe.rara xtau tempat!
ReplyDeletelinda,antar num fon linda kat email rara leh. safura.rara@yahoo.com
ReplyDeleteamalan ni dh jd biasa walopon trblik hihi
ReplyDeletep/s : jum join contest saya buat jom ?
betul, kadang-kadang baru tersedar yang kita lakukan tu terbalik !
ReplyDeletebtul semua apa yg Linda bgtau..tp kt dh trbiasa mcm tu..
ReplyDeletePernah baca artikel ni dulu. Memang kadang2 adat kita mcm tu kan. Pernah juga cakap kat ibu pasal rumah yg ada kematian tu. Tapi ibu cakap dah kebiasaan org mcm tu. Nak buat macam mana. well its life.
ReplyDeletePlus senior people is resist to change kan. What to do. Padahal itu sunnah Rasulullah. :)
remy tag linda utk segmen mak dara.....
ReplyDeletehttp://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html
sebab kita dah terbiasa kdg2 tak sedar amalan tu terbalik..huhu
ReplyDeletebyk yg terbalik
ReplyDeletegood info.. thanks for sharing :d
ReplyDeleteha ah kan..betul jugak..
ReplyDeleteyg psl num 1 tu baru beberapa bulan lalu selidik.
ReplyDeletehaaaa ilmu manfaat ni beb
emmm....... memang byk terjadi perkara terbalik ni dalam hidup kita... mmg kadang2 tak perasan sbb mungkin kita mengikut kata2 orang lebih tua kn... nice entry linda..
ReplyDeletepernah terbaca jugak pasal ni..
ReplyDeletehermmm tu la pslnye manusia ni kan Linda.. byk yg terbalik dr amalan Rasulullah..
ReplyDelete