Satu masa dulu:
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).
Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan
bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang
membuat siaran langsungnya.
Namun malam
itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak
dapat dikongsi bersama ibu
yang dikasihi. "Rumah
saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat,"
adunya tatkala Kak Tim bertanyakan,
apa kata ibunya tentang kemenangannya.Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini
menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan basuntuk membawa delegasi
festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota
keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian. "Saya
nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie selamba.
"Bapa
kerja apa?" Tanya Kak Tim.
"Pemotong
rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia
menjawab.
"Tak
sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Sekolah
di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut
festival ni. Cikgu tak beri.
Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
"Tapi
saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun
dapat duit. Hari tu,saya
berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.
"Berlakon
filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah
RM500.
Selebihnya
saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu
tentu
kena pakai
banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."
Begitu
cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi
kiri dan kanannya.
Dan pada
pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie
merupakan orang pertama
sampai di Finas. "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata
pagi. Jadi saya tunggu
ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak." Rupanya ada
yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah,
Perak, Syafie tidak
turut serta.
"Dia
tertinggal duit," bisik sumber. Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga
diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat
dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri. "Tak apa. Saya
dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa
tak beritahu masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah
Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini
menyerlahkan lesung pipitnya. Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli
sebiji limau bali.
"Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya
beli untuk mak. Buah tangan," katanya tersenyum. Sampai di Finas, Syafie
dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya.
Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000. Itulah Mohd. Syafie Naswip,
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman sebagai pelakon
untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.
**********************************************************
Kisah syafie Naswip ni aku share dari FB Fauziah Ahmad Daud, dia sendiri sangat kagum dengan Syafie. Kisah 5 tahun lepas,bila baca ni terpikir betapa gigihnya dia untuk merubah nasib hidup.
Pelakon muda ni sangat berbakat. Insyaallah satu hari nanti dia akan jadi SOMEBODY. Suka sangat dengan lakonan Syafie ni. Semoga semakin murah rezeki dia. Bangga bile tengok orang susah berusaha untuk menjadi seorang yang berjaya. Tahniah untuk kemenangannya baru2 ni dalam Festival Filem Malaysia ke 25 :)
Pelakon muda ni sangat berbakat. Insyaallah satu hari nanti dia akan jadi SOMEBODY. Suka sangat dengan lakonan Syafie ni. Semoga semakin murah rezeki dia. Bangga bile tengok orang susah berusaha untuk menjadi seorang yang berjaya. Tahniah untuk kemenangannya baru2 ni dalam Festival Filem Malaysia ke 25 :)
harap dia tak lupa diri la kan. niat dia dh betul tu nk tolong family :)
ReplyDeletejgn sombong sudah la
ReplyDeleteharap dia sentiasa rendah diri..
ReplyDeleteAlhamdulillah. moga niat dan sifat itu tidak berubah
ReplyDeleteharap perangai dia sentiasa macam tu, merendah diri selalu~ :)
ReplyDeletesmga dia jaga diri jaga peribadi.
ReplyDeleteinsyaallah...semoga kejujurannya terbalas satu hari nanti...remy memang suka tgk lakonan dia..... hidup!
ReplyDeleteSebak baca kisah syafie ni.Semoga dia berjaya dan kekalkan peribadi yg baik.InsyaAllah.
ReplyDeletesedihnya :(
ReplyDelete