Salam semua...
Semalam edisi wordless wednesday, aku tepek picture doorgift masa wedding aku 31 ogos tahun lepas. Haha, kemain lama dah majlis baru sekarang nak review. Nak wat macam mana, dah kahwin n pregnant, memang mood update blog dah kelaut.
Masa lepas bertunang, memang kepala dah serabut sangat sebab tak tahu nak bagi doorgift apa untuk wedding nanti. Aku cuba elakkan untuk bagi doorgift macam mug, cawan comei2 ke, apa2 hiasan memang aku tak nak. Sebab rasa macam tak berbaloi bagi orang benda macam tu. Tapi tu pada pandangan aku la. Aku & family memang sepakat nak bagi doorgift berbentuk makanan, tapi nak yang lain dari yang lain. Yang penting tak makan banyak kos. Berbulan bulan pikir, finally dapat jugak idea lepas tengok doorgift wedding kakak iparku.
Tadaaaa...makanya lepas bincang dengan Incik suami (masa tu incik tunang ler), dan ahli keluarga kami sepakat untuk bagi doorgift ni . Marble kek dalam kotak yang super duper cantik. Siap de tali gitu. Hihi ;)
**Kebaikan ambil doorgift macam ni**
1) Jimat kos.Hanya perlukan kos untuk marble kek ni je, aku tempah 1000 kotak. Harga bawah dari RM2. Kome try le berunding dengan akak owner ni. Tak perlu dah nak pakai paper bag bagai.
2) Menyenangkan. Senang sebab dah tak perlu nak isi dalam paper bag ke apa, terus susun box ni dekat meja doorgift korang masa hari kenduri tu. Aku tak nak susahkan family aku untuk buat kerja yang remeh temeh.
3) Simple. Masa hari kenduri, tetamu datang salam2 dengan parents, terus sepupu sepapat tolong bagi pada tetamu. Tetamu nk pegang pun senang sebab dia ade tali. Aku tengok masa hari kenduri ada budak2 kecik pakai macam handbag...haha, pun bulehhh.
4) Tak kotorkan tempat wedding kita. Kalau perasan, kalau kita bagi doorgift yang jenis bubuh dalam paper bag, mesti lepas kenduri kita nampak paperbag tu bersepah sepah, pastu kalo dalam paper bag tu kerepek ke apa, mesti bungkusan dia bersepah jugak kan. Haaa..guna doorgift ni memang tak sepah la. Sebab tetamu bawak balik makan kek kat umah. Jiran aku siap simpan box ni,dia kata cantik..hehe ;)
Macam ni la rupa box untuk marble kek tu. Memang material ok, takde la lembut. Ada tali untuk dipegang. Dia ada macam2 jenis design dan colour. Aku pilih design ni dengan warna turqoise. Sebab tema wedding aku biru lembut + turqoise :)
Ini pulak marble kek, agak besar dan mengeyangkan. Paling penting gebu dan lembut. Tahan seminggu.
Marble kek ni memang sedap sampaikan lepas abis wedding ramai kawan2 mak & abah tanya kat mane tempah. Dorang nak tempah untuk majlis kahwin anak dorang pulak. Kawan2 aku pun ramai yang puji cakap kek ni sedap. Alhamdulillah lega bila dapat buat pilihan yang terbaik untuk hari kahwin kita, dan dapat puaskan hati ramai orang.
Bagi B2B yang berminat boleh order dekat :
Facebook owner dia Awie Noraliza Binti Ali
No telepon : 0123065919
Akak owner ni baik sangat2, servis memang bagus. Tak jupa pun masa deal, memang 100% deal dalam hp. Pembayaran pun boleh discuss dengan dia. Nanti da confirm, da buat payment dia akan tunjuk kita pic jenis2 design dan colour2 yang ada. Dah siap design kotak tu pun dia akan tunjuk pic. Kek pulak ade banyak jenis.Ada bahulu, ada marble kek, ada kek pisang. Paling best sehari sebelum majlis masa adik n pakcik aku gi amik doorgift ni kat umah dia, dia hadiahkan Kek Coklat 1kg kat aku n raja. Huaaaa...terharu sangat. Da la kek cantik giler.
Kek free ni , aku wat makan2 dengan family masa bukak hadiah...hihi ;)
Ok la panjang bebenor review aku wat. Pape pun pada B2B buatlah pilhan yang bijak untuk doorgift anda, yang penting tengok pada budget korang semua. Thanks korang semua sudi membaca. Nanti aku review bende lain pulak ;)
menarik...nampak simple je...yang penting sedap...saya pun hari tu letak makanan jugak...takdenya nak perhiasan2 bagai ni hehe...
ReplyDeleteBtul juga tu linda...simple n xmenyepahkn tempat...nmpk menyelerakan...
ReplyDeletebg makanan sng. org makan. bila kasi towel kecik la pen la. sia sia je org buang.
ReplyDeletetime kite kawen hr tu pn parents suh ltk mknn. sng cite.heehe
Last time wedding pernah dapat., Memang sedap. Cicah dengan air oren tak boeh benti makan.
ReplyDeletememang senang je door gift camni, tp tgk budget gak kan..hehe.. :)
ReplyDeleterugi tak tak g kenduri Linda, kalau tak dah boleh rasa kesedapan kek tu..huhu~
memang betul sedap ke? ramai betul yg jual kek marble ni xtau nk pilih mana
ReplyDeleteyup..sy sendiri makan, dan alhamdulillah family dan tetamu pun cakap sedap sampai de yg bertanya sy order kat mane.
DeleteBetul linda... doorgift tu mmg senang.. xpyh pikir benda kecik2 lg.. jijah lau g umah kawen pon suka lau dpt kek
ReplyDeleteSalam semua. Kalau berminat nak jadikan mini tasbih sebagai doorgift majlis perkahwinan anda, jemput jenguk link ni ye. Terima Kasih
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/doorgiftmajlis.tasbih
lokasi org buat kek ni kat mna eh
ReplyDeletesalam, area mne doorgift yg sis buat...? blh share x...
ReplyDeletePRINTED PAPER BAG, CUSTOM MADE YASIN & BUKU DOA, TASBIH MINI
ReplyDeleteDoorgift Istimewa dan Eklusif untuk majlis anda dengan harga BAJET, CUSTOM MADE lagi mengikut permintaan anda
- Boleh letak nama, tarikh, majlis dan sebagainya
- Lebih 100 ++ design sedia ada boleh dipilih
Hubungi kami untuk tempahan & pertanyaan
whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com