Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday, 19 April 2016

Cara untuk ajar anak duduk dalam carseat

Salam Semua...


Tahukah anda,amat penting meletakkan baby didalam carseat. Kerana ini dapat mengurangkan risiko baby cedera teruk atau melambung bila berlakunye kes kemalangan.

Aku dan husband dah train adra untuk duduk dicarseat semenjak dia berumur 3 bulan. Alhamdulillah sangattt la behave adra bile dalam carseat.Tapi semenjak aktif berniaga ni kreta dah mcm stor, kadang kadang terpaksa cabut carseat adra untuk bagi ruang ku letak box barang barang jualan. Makanya adra pun seronok la dapat duduk depan dengan  mamanya ni.

Tapi tak boleh tahan bila adra duk depan, sebabnya tangan dia sangat la ligat duk main tingkap aircond, main volume kereta dan punggah laci dsahboard tu. Subhanallah, mama ni sabar je la tengok akal dia tu. 

Last week cakap dengan husband, tak boleh jadi ni, kena ajar Adra duk dalam carseat semula. Makanya, last week bermula la episod budak ni melekat balik dalam carseat. 1st day macam biasa la, tak boleh tahan dia duduk lama lama dalam carseat. Resah gelisah semua ada. Tapi mama & ayah kena berhati kering melayan auta dia tu

2n day Alhamdulillah, dah ok. Dah seronok dah dia. Sekarang asal masuk kereta je dia tahu, dia kene duduk dalam carseat. Tak sampai 15 minit selalunye dia dah tertido dalam carseat. Hehehe..memang kuat tido budak ni

So harini aku nak share beberapa tips untuk lekakan anak di carseat:

> Sediakan healthy snack food untuk anak <
Selalunya memang aku akan prepare makanan untuk adra, paling simple kerepek popia.  (kulit popia dikoyak, digoreng garing dan taburkan dengan serbuk udang #byciknuie). Dapat makanan memang elok la dia duduk dalam carseat, duk menghadap makanan. Jangan lupa sediakan sebotol air kosong untuk anak anda ye 

>Sediakan mainan/book <
Haaaa...,macam aku memang avoid utk bagi adra gadget, so solutionnya untuk elakkan adra bosan, ku angkut mainan fevret dia or buku. Leka la dia duk main2 or selak2 buku.

> Sediakan bantal busuk anak <
Hahaha...yang ni memang wajib ada. Adra ada bantal busuk dan soft toys kegemaran dia tau. Bolster busyuk kepam tu la bantal bucuk adra, dan cik tikus tu pulak soft toys kegemaran adra. Takde 2 bende tu, kemurungan la dia :P








4 comments:

  1. go mommy! hehehe.

    adam so far mmg duduk dalam carseat jek la. pasal die baby lagik. hehehe

    ReplyDelete
  2. pandai adra! nak ajar zahwa pakai carseat pula.. hakimi xnak duduk dah.. besar sgt dia tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. Kalau kita dah biasakan sejak kecik....mereka akan biasa. So tak akan ada masalah. Selamat pun selamat kan

    ReplyDelete