Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Friday 4 November 2016

BILIK IDAMAN HATI :)



Salam semua...


Eh rajin pulak aku update blog kan. Moga istiqomah la ye. Sebenarnye banyak je story, tapi selaluuuu lupa nak tangkap gambar, selalu lupa nak buat draft entry, dan penyudahnya memang lupa terus dengan semua story2 tu.

Lately ni aku suka sangat deco rumah, alhamdulillah kewangan pun makin baik kan. Kerja i oll tiap hari isnin - jumaat tengok2 web IKEA. Then sibuk la buat list nk beli apa kan. Nasib baik ajak si husband ke IKEA, dia on je. Ok aje dia tu kalau ajak kemana pun. Yeayyy akak suka.

Kebetulan baru ni kami dah pasang Aircond dalam master bedroom, bilik pun dah dikemas, ditukar langsir baru, ditukar karpet, so weekend baru ni ke IKEA untuk mencari something untuk tambah2 dalam bilik. Nak mencari rak untuk dapur pun ye jugak, semak ku tengok banyak barang kat dapur,




I oll beli rak ni RM39.90 je tau. huaaa..murah2. Ok la kan, deco budget budget gitu :)

Sebagai pengganti side table sebelah katil..kihkih.
best sebab dia lagi panjang, bawah tu boleh susun barang. 
So i oll letak la buku2 adra. Dia nk tidur suka sangat angkut buku ke katil


 Frame tulisan tu beli kat Romantika je, tak ingat harga berapa.
Then frame pic kawin beli di IKEA dgn harga RM14.90 rasenye.





Tadaaa,,ni sudut lain dalam bilik. Penyangkut towel, i oll beli kat IKEA,jenis drill ke dinding. Senang.Kuar je bilik air, nampak la penyangkut itu. Tak makan space kan :)
Maybe nanti nak beli chest drawer la untuk letak kat area situ. 


Mak mak sangaat kan sibuk berdeco deco rumah. Nanti kita share deco di ruang makan pulak. Hehehe..macam la lawa sangat kan. Sesaje je share,boleh gak berkongsi idea dgn pembaca blog ni kan. :)


10 comments:

  1. wah...nmpk kemas...murah pon xpa jnji kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kan, jadila murah2 pun. jimat gitu :)

      Delete
  2. Beruntung kalau tinggal dekat dgn Ikea
    Kat JB ni tak ada lagi. Dulu kata nak buka tapi sampai sekarang tak nampak lagi.

    ReplyDelete
  3. kalau pergi IKEA tak beli memang tak sah. hihi...

    ReplyDelete
  4. cun jadinya...
    walaupun simple kalau betul cara susun n deko2 jd cantik

    ReplyDelete
  5. saya pun dah beli lack ni..buat susun beg anak beranak...memang kemas dan harga pun berpatutan :)

    ReplyDelete
  6. Hakak pun suka jugak bab bab deko ni....tenang jiwa jadiknya. Lama tak ke Ikea weyh....

    ReplyDelete
  7. Pelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (OutDoor) - Jimat Tenaga

    • Alkaline WaterFilter - 6 Filters - RM599
    • 2 Suhu Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 - 1498)
    • 3 Suhu Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
    • Gold Master Filter- 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
    • Titanium Master Filter - 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999

    Producing High Qualiti alkaline water ph 7-9
    ‘Siap Pasang Baru Bayar'
    Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
    Warranty 18 Bulan
    Filter import dari Korea (ada sijil halal)
    Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda

    Hubungi - Whatapps/ Call / SMS: 0178895990 - Farid http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/

    ReplyDelete