Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Sunday, 15 January 2012

Resepi Pancake


dah siap buat pancake dah, makan pun sudah. Alhamdulillah. 
korang try la buat, senang je. 
Boleh makan untuk breakfast or minum petang.

 Ni yang aku buat tadi..tak bape nak cantik sangat. takpelaa, yang penting kenyang dimakan.
hehe..:)

**************************************************
Aku share resepi pancake ni dengan korang:

Bahan- Bahan :

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan susu segar / susu sejat
* 1 biji telur
* 1 sudu teh serbuk penaik
* sedikit garam
*sedikit mentega / butter

Cara-cara: 
* Pukulkan telur dan mentega hingga sebati, kemudian dalam satu bekas campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dengan telur & mentega yang dah dipukul tadi.
* Panaskan non sticky pan dan sapukan minyak sedikit.
* Masak pancake dan balik balikkan supaya masak sekata
* Masak hingga kekuning kuningan.

**********************************

Ok korang..selamat mencuba. nanti aku share resepi lain pulak yer.

6 comments:

  1. sila buat 1 ruangan untuk resipi.urgghh..sedapnyee!!!!

    ReplyDelete
  2. baik cik puan..dalam proses nih..;p

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Normi tryla..senang ajer..nanti dah siap blh bgi linda

      Delete