Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday 28 February 2012

Bakar orang macam bakar kayu api

HULU SELANGOR – Seorang remaja kritikal selepas dia disyaki dibakar hidup-hidup oleh tiga lelaki yang dikenali menyebabkan kulitnya melecur 80 peratus di Gedangsa dekat sini kelmarin.Kejadian pukul 6.30 pagi itu menimpa Muhammad Syahirudin Mohd. Shauki, 19, apabila dia dikatakan dibawa menaiki sebuah kereta oleh tiga lelaki tersebut dari rumahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya ke Gedangsa. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 89 kilometer.

Bagaimanapun, polis sedang menyiasat motif mangsa dibakar memandangkan polis masih belum mengambil keterangan Muhammad Syahirudin yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) dekat sini.Difahamkan, selepas dibakar, mangsa sempat melompat ke dalam longkang bagi memadam api dan berlari sejauh 400 meter untuk meminta bantuan seorang penduduk di Kampung Sepakat.Mangsa kemudian telah diberi tiga tin air soya, air mineral dan roti oleh penduduk tersebut selepas kasihan melihat keadaannya yang lapar dan dahaga. Ketika ditemui dia hanya memakai seluar pendek.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, siasatan mendapati mangsa telah dipukul dan dibawa dari Kota Damansara pada awal pagi sebelum dia dibakar.“Berdasarkan maklumat awal, kita percaya mangsa dibakar di dalam ladang sawit Sungai Tengi, Gedangsa. Dia kemudian dapat melarikan diri sebelum meminta bantuan seorang penduduk di Kampung Sepakat,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, siasatan lanjut menemui baju mangsa di pembahagi jalan kira-kira lapan kilometer menghala ke tol Bukit Tagar. Bagaimanapun seluar panjang mangsa tidak ditemui.Menurut Norel Azmi, laporan doktor mengatakan mangsa disimbah petrol sebelum dibakar dan kes cuba bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Shauki Dahlan, 50-an, berkata, anaknya sempat menghubunginya sejam selepas kejadian mengatakan dia telah dibakar.



Erm..ni laporan Kosmo hari ni tentang lelaki yang dibakar hidup2. Aku tak pastila sebab ape dia dibakar hidup2..tapi pada pendapat aku, walau ape pun salah budak ni janganla sampai dibakar hidup2. Sape kite untuk kejam sesama manusia. Ya Allah, aku rase orang Malaysia sekarang semakin kejam. Kalau dulu jarang dengar kes bunuh2, tapi sekarang kes bunuh tu dah jadi perkara biasa..belum lagi kes tetak2 orang.  Bunuh2 orang macam nyawa kite ni tak ade nilai je.Ape2 pun aku doakan budak ni cepat sembuh.

17 comments:

  1. dah tiada perikemanusiaan dalam diri orang yg bakar tu.. ermmm...

    ReplyDelete
  2. Badan kita pun 70% je air. Dia kena bakar hampir 80%. Daripada azab,baik dia pergi... Bapak aku dpt mesej dari ayah dia. Macam memain je. Kena bakar. Aku ingatkan kena cabar ke hape. Tapi memang terkejutlah. Hopefully bapak dia berani bagitau polis yang salah sorang kawan kepada di pembakar tu muncul depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian la..seksa budak tu kan..ko dah gi lawat budak tu ke

      Delete
    2. eh..aku tak sampai hati nak lawat orang kritikal. Anak kawan ayah aku accident kat Ulu Bernam pun aku duduk luar je. Takutlah. Dengar darah-darah pun takut.Ni kan pulak dengan bakar. Siapa yang sampai hati nak tengok. Tapi memang tahap GILA la sebab sampai hati tengok orang menggelupur dalam api.

      Delete
    3. huaa..tau xpe.aku pun xsmpai ati kalo nk gi melawat org yg kritikal..memang yang bakar tu tahap ati kering n kejam la coz sampai ati nk bakar org..knp kene bakar?

      Delete
    4. bakar main2? maksudnya dia tengah belajar ilmu ker?

      Delete
    5. sekarang ni org tak pikir panjang bile marah. simbah asid,tikam,kelar,tembak,bakar ... Malaysia hampir sama dengan Thai sekarang.

      Delete
  3. Ya Allah kalau marah sekalipun..jangan laa sampai bakar budak tu....huhu...follow blog nie..=)

    ReplyDelete
  4. nauzubillah... takut melihat perangai manusia sekarang.. ke mana hilangnya nilai2 murni yang dia ajr dalam islam..

    ReplyDelete
  5. nauzubillah...nyue terkejut baca artikel 2..tp xpuas xthu lebih lanjut..knape lelaki i2 kena bakar...
    kejam sgt2 manusia yg bakar 2...tgu je la balasan Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kejam nye..

    klik tabung awak :)

    ReplyDelete
  7. betul.takut dgn dunia skng.
    manusia makin kejam.dah macam hape -..-
    minta2 kita selamat dr manusia kejam

    ReplyDelete
  8. Kejamnya manusia sekarang ni. Kenalah berhati hati bila keluar ni.

    ReplyDelete
  9. ada gak baca pasal ni..
    menakutkan jer.. kat malaysia pon dh x aman skarang.. kes macam2..

    ReplyDelete
  10. pelik kan berita skang nie...
    haishhh... berani sgt nak bako2 nie....

    ReplyDelete
  11. astaqfirullah...hai sifat kasih sayang sesama insan dah ditelan zaman agaknya..tu yg sanggup buat begitu..

    ReplyDelete