Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Saturday 25 February 2012

Duit mengalir laju seperti air terjun.

Salam semua...

Hai u all..weekend2 ni ape aktiviti korang? takkan duk umah je kot. Tak rock la..haha. Ok, btw aku baru balik dari Sunway Piramid ni. Actually aku gi Sunway Piramid coz nak gi Cosway je, nak beli perfume kawan aku Mylia order. Jangan tak tau ye, aku dealer cosway yang tak berapa nak maju..haiiissshh..semua bisness pun aku buat.

So, tadi dalam kul 10 lebih gerak gi Piramid, sebelum kuar umah tu aku dah tanam azam dalam diri supaya jangn beli bende tak sepatotnye, jangan membazir , gi cosway je n then terus balik. Tapi bile dah sampai Piramid automatik aku ilang pedoman. Kalo boleh semua kedai nak singgah.

So, ni dia minyak wangi yang Mylia order. Perfume Scents of Love. Dalam kotak tu ade 6 botol kecik minyak wangi yang berlainan bau. N bau dia semua wangi2 la..Nak buat hadiah pun ok coz dia dalam kotak cantik. So, pada sape2 yang nak order boleh call aku ye, sementara tengah ade stock n promotion ni..:)

Lepas je abis beli barang kat Cosway tadi, aku terus merayap. tengok, tadi beriya tanam azam takmo gi mane2 pas gi cosway..haissshhh. Daiso ni adelah kedai yang famous kat Jepun.


 Aku sangat suke gi kedai ni coz dia ade semua barang daripada barang personal care, jahit menjahit, barang keperluan dapur, pinggan mangkuk, hardware, stationery, banyak lagi la. Dan lagi membuatkan aku naik gile sebab semua barang2 dijual dengan harga RM5 je. Hehe..tapi korang kene pandai pilihla..ade yang berbaloi dibeli dengan harga 5ringgit, tapi ade gak cam tak berbaloi.


kalo sesape yang suke buat kraftangan dari kain felt ni boleh dapatkan Daiso, ade jual banyak kat sini..5 ringgit je..:)

Dalam nak berjimat tadi aku terbeli gak..TERbeli ye..terbeli kusyen untuk aku letak kat kerusi ofis, n beg makeup yang cute. Haishhh..

Lepas tu mase merayap kat Piramid tadi, aku singgah booth Samsung. OMG..dorang tengah buat promotion Samsung Galaxy Note. Aku memang minat sangat dengan Galaxy Note ni, nak beli tak mampu lagi. 



Galaxy Note memang awesome
 l
 Dorang show, dengan gunekan galxy note kite boleh melukis..meang banyak application dia untuk melukis. Tadi ramai gak yang amik peluang untuk lukis potret muke dorang. Abang2 pelukis tu emang awesome..rilex n laju je dorang lukis gune galaxy note.

 heee..cute je dak ni..:)

Abang pelukis yang hensem tengah lukis2..:)



 Adoii..lepas abis tengok abang2 macho melukis aku gi menapau makanan. Makanan memang penting ye. :)
Jemput makan semua..

5 comments:

  1. wahhhhhh memang rambang bijik mata la kalo masuk kedai camni linda..hehe


    kak ana pon tgh saving duit nih nak rembat galaxy note tuh..gerammmm wo tengok! hehe






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  2. Normal price rm45,kalau nak sy jual rm25...

    ReplyDelete
  3. Cik Linda..
    bak satu galaxy note..

    duit adalah aset paling cair.. so, kena la budget..misz domu sama lah..nama je blja akaun tapi duit nie senang je kuar..ahakz..

    misz domu suka p kedai dason tu..tapi tgok22 je..tak membeli la..

    ReplyDelete
  4. Daiso mmg best!!! kalau p sana, rambang mata walaupun asalnya xdk niat nak beli pon..haha @__@

    ReplyDelete