Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Thursday 8 March 2012

Dah tak selamat dah

KUALA LUMPUR: “Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.

Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.“Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya.

Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.



Sedih kan bace laporan Metro kat atas..memang semalam ujan lebat sangat area KL. Tak sangke ade yang maut malam tadi mase aku ngah lena tidor. Aku rase kawasan KL ni memang dah tak stabil..dengar cerita kat Ampang dah banjir teruk sampai de penduduk yang dah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Pada korang2 semua berhati2 ye di musim hujan ni..Takziah untuk keluarga arwah Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan. Semoga roh arwah dicucri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Notakaki: sekarang pun stil hujan rintik2 lagi ni..terase mood malas bekerja, yang ade hanye mood nak tidor..:)

6 comments:

  1. ya Allah sedihnya...dugaan betol..
    linda : x yah gi keja lah tido jer..hihi
    harap-harap dalca org pertama komen...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai tempat keje daaaa..dalca..u memang 1st..:)

      Delete
  2. Ya Allah..tak sangka..bumi merajok bila pembangunan semakin meningkat...huhu

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.. moga perkara ini dapat dielakkan..

    ReplyDelete
  4. tu la smlm bdebar dgr bunyi siren x henti2...jenguk la kt tingkap nmpk bomba lalu pastu dgr lg siren ambulans plk...rupanya ada bencana...takziah pd kluarga mangsa...

    ReplyDelete