Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Thursday 29 March 2012

Mangkuk tandas meletup


KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.
Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.
"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat.

Aduhaii..macam2 kes sekarang ni. Petang semalam kat opis aku (rapid kl) aku duk dengar kecoh2 orang kate de bende meletop kat Lrt Sri Rampai.. aku dengan amy dah buat macam2 spekulasi da..terpikir gak train meletup ke..nauzubillah. Rupe2 nyer tandas yang meletup kat Lrt Sri Rampai tu. Pening la bos2 aku. Pelik pun ade macam mane la boleh de mercun kat dalam tandas tu..ade orang wat dajal ke ape. Erm..tapi kesiannye mamat yang kene tu. Tak pasal2 daripada hajat nak "membuang" tetibe jadi kes letupan..err..

Notakaki: berhati2 la kite semua ye..sekarang ni kes pelik2..

13 comments:

  1. mcm2 hal la...mmg teruk la perangai org yg buat khianat tu...xpela lps kt dunia,tnggu la kt sana nnt...

    ReplyDelete
  2. macam2 ... harap tak kena la kat kita ye

    ReplyDelete
  3. aaiah...ada jgak kes mcam ni..pelik ni

    ReplyDelete
  4. mintak dijauhkanlah benda2 camni..~~

    ReplyDelete
  5. tak dapat bayang kalau sy yg kat tmpt tu. haish

    ReplyDelete
  6. bahaya di mana2..fobia org tuh..kesian dia

    ReplyDelete
  7. pelik tetapi benar kan.. ape daaa mereka2 ni.. letak mercun..

    ReplyDelete
  8. kesiannya dia.. takut pulak nak pergi tandas mane2 pasni.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. cm pelik jer..tp cm betul laa plak..
    kesian mamat nie..huhu
    nak p tandas pun kene cek dulu skrg nie..huhu

    ReplyDelete
  10. alahaii..mmg kesian mamat tuh.. jenayah ada di mana2.. dlm rumah pun bole jadi..alahaaaiiii laaa..

    ReplyDelete
  11. kesian kan? ish ish macam2 betul skg ni ;p

    ReplyDelete
  12. adoi..nanya jer dia kena..ermm

    ReplyDelete