1. Gua Harrison (Barbados)
Gua Harrison dikatakan salah satu keajaiban dunia kerana keindahannya luar biasa dan formasi stalaktit dan stalagmitnya sangat indah. Ditemui di Kepulauan Karibia, Barbados, gua ini adalah satu-satunya gua di dunia yang air ditemukan bersama dengan formasi kristal berwarna. Dibentuk oleh aliran air melalui batu kapur, gua ini dipenuhi ruangan yang besar, danau, sungai dan air terjun.
2. Gua Lechuguilla
Gua Lechuguilla gua kelima terpanjang iaitu lebih kurang 203 kilometer di dunia dan terdalam di Amerika Syarikat (489 meter).Terletak di Taman Nasional Carlsbad Caverns, Mexico, akses untuk masuk ke gua itu hanya dibenarkan bagi pengkaji saintifik yang diluluskan, penyelidik dan pasukan eksplorasi serta pengurus perkhidmatan Taman Nasional sahaja.
3. Gua Giant Crystal
Gua Giant Crystal terletak di Mexico. Ruang utama dalam gua ini mengandungi Kristal selenite yang sangat besar yang pernah ditemui.Mengikut skala, gua ini berukuran 27 meter ketinggiannya dan 9 meter lebar. Ia sangat panas dengan suhu udara mencecah 58 darjah celcius dan kelembapan 90-99 peratus.Gua Giant Crystal ini masih belum diselidik kerana suhunya sangat ekstrim dan tahap kelembapan sangat tinggi.
4. Gua Voronya/Krubera
Gua Voronya atau lebih dikenali dengan Gua Krubera adalah gua terdalam di dunia. Gua ini terletak di Arabika Massif, Caucacus Barat, Abkhazia, Georgia. Kedalaman gua ini mencapai 2.191 meter.Ia dikenali sebagai gua terdalam di dunia pada 2001 ketika ‘The Expedition Of The Ukrainian Speleological Association’ berjaya mencapai kedalaman 1.710 meter (5.610 kaki) yang melebihi kedalaman gua terdalam sebelumnya, Gua Lamprechtsofen, di pergunungan Alps Austria, dengan beza 80 meter.
5. Gua Onondaga
Gua Onondaga terletak di Leasburg, Messouri. Ia adalah taman negeri yang ditubuhkan pada tahun 1982. Menariknya mengenai taman ini, ia menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pelancongan gua, memancing, hiking, perkhemahan, perkelahan dan berenang.
6. Gua Ali Sadr (Iran)
Gua Ali Sadr terletak lebih kurang 100 kilometer di utara Hamadan, Iran barat dan ia salah satu gua paling indah di dunia. Gua berusia 70 juta tahun mengandungi beberapa danau besar yang dalam dan formasi stalaktit menggantung dari langit-langit gua dalam warna-warni menambahkan pesona keindahannya. Mengambil bentuk jarum dan payung, dengan pelbagai cerah seperti merah, ungu, coklat, hijau dan biru, ia secara tidak langsung memberi pandangan eksotik di lantai gua. Ada yang mengatakan Ali Sadr satu-satunya gua dengan air yang sangat jernih sehingga kita dapat melihat hingga kedalaman 5 meter dengan jelas walaupun dengan cahaya redup.
7. Gua Eisrisenwelt
Gua Eisrisenwelt adalah gua ais batu kapur semula jadi yang terletak di Werfen, Austria, sekitar 40 kilometer (km) di selatan Salzburg.Gua ini terbentuk di dalam gunung Hochkogel di bahagian pergunungan Alp. Ia gua ais paling besar di dunia kerana jaraknya lebih 42km.
8. Gua Fingal
Gua Fingal adalah gua laut di kepulauan Staffa, Scotland. Ia terbentuk seluruhnya dari medan hexagon basal yang bercantum. Ia sebahagian daripada aliran lava seperti di Giant Causeway di Ireland Utara Gua ini menghasilkan gema gelombang bunyi yang menakutkan sehingga diberi jolokan ‘uamh-binn’ (gua melodi).
9. Gua Phong Nha (Vietnam)
Gua Phong Nha adalah gua terbesar dan paling indah di Vietnam yang juga Warisan Dunia Unesco. Gua ini memiliki panjang 7,729 meter dan mempunyai 14 gua kecil didalamnya.Disamping itu, terdapat juga sungai bawah tanah sepanjang 13.969 meter di dalam gua Phong Nha itu dan dipenuhi dengan stalaktit dan stalagmit yang sangat berlimpah. Sungai ini memiliki pasir terluas dan tercantik selain mengandungi banyak formasi batuan menarik.
10. Gua The Reed Flute
Gua The Reed Flute adalah mercu tanda dan tarikan pengunjung di Guilin, Guangxi, China selama lebih 1200 tahun. Gua ini adalah gua batu kapur semula jadi dengan pencahayaan warna warni Nama gua ini adalah sempena nama buluh yang boleh dibuat menjadi seruling merdu. The Reed Flute ini mengandungi sejumlah besar stalaktit, stalagmit dan bentuk batuan yang unik. Menariknya gua The Reed Flute ini di dalamnya terdapat perkataan yang ditulis dengan dakwat di zaman Dinasti Tang.
BNYKNYE gua..sy bru p 1 gua je..gua kelam kt perlis..hehe
ReplyDeletexsilap Nyue 3 gua je nyue pernah masuk...gua tempurung perak, gua angin sarawak & gua batu cave selangor.. :)
ReplyDeleteuntunglaaa...linda tak pernah lagi masuk gua..hehehe.Takut
ReplyDeletecantik... tapi kalao dah masuk takut pulak hehe
ReplyDeletemana gua tempurung?????hehehe...aku pernah masuk gua tempurung jek...adventure gk la kitorg meredah gua tu ramai2...hehe..masuk kering,,keluar basah lencun..
ReplyDeletetakut ar.. gua-gua.. takut sesat.. hehehe.. dasar penakut ini org.. ;)
ReplyDeletesy pernah masuk gua kelam je...rasa cm ok la jgk xde yg mengerikan...hehee...cntik gua2 kt tas tu...
ReplyDeleteteringin nak masuk gua gua ni
ReplyDeletetp wa xde member yg suka adventure bagai la.
so noob.jom weh?
eh lupa..lu drh manis.hahaha
sy lum penah merasa masuk gua lg..mcm takut jugak hikhik
ReplyDelete