Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Friday, 27 April 2012

Memalukan betul

Salam semua...

Hai, dah breakfast? aku baru sampai ofis ni. Sampai je opis terus on pc..hehe. Blogger yang gigih kan. Pagi ni breakfast roti wholemeal je. Bile ntah nak kurus...:(

Semalam kan pas abis keje aku singgah Piramid jap, cadangnye nak gi kedai buku Popular n nak survey barang nak hadiahkan untuk someone... So, after selesai membeli hadiah untuk someone tu, aku pun singgah la food court sebab dah lapar sangat, order Sizzling yee mee n ice lemon tea. Dah dapat order terus duduk meja ujung sambil perhatikan orang.



Kebetulan meja depan aku ade satu geng budak melayu duduk, ade laki 5 orang dan 2 orang perempuan dalam group tu. Aku agak umur dorang dalam 18-20 tahun, ala budak2 baru nak naik. Yang menarik perhatian aku adelah perangai dorang yang macam orang gile. Korang paham2 la bile ramai2 lepak mesti riuh rendah kan, tapi ni tahap memalukan sebab dorang gelak kuat gile. Pastu perangai memang memalukan sebab ade sorang budak laki tu tetibe tarik muke perempuan tu nak kiss.Ya Allah, boleh pulak nak kiss pempuan depat orang ramai.

Memang terkejut sangat tengok perangai budak2 melayu sekarang. Lagi memalukan sebab meja2 sekeliling ade kaum cina dan india. Apela pandangan dorang pada budak2 melayu zaman sekarang kan. Disebabkan perangai dorang tu menjengkelkan terus aku makan Sizzling Yee Mee tu laju2 sampai lidah aku pun cam nak melecur sebab Yee mee tu panas. Huisssshhh... erm, kalo tu adik aku mesti aku dah bagi penampar jepun da. Semoga keluarga aku dijauhkan daripada bende2 memalukan macam ni.
 


Notakaki: Lagi dua ari anniversary aku dengan raja yang ke 5 tahun..erm...

16 comments:

  1. mcm haremmmmmmmmmm !!
    betul beb.kdg jumpa budak mcm tu mmg rasa
    hangin jeee.sebab tu wujud page anti sunway pyramid kids kt fb.hahahah.

    memalukan.hmm.

    ReplyDelete
  2. mencemarkan piramid jer..hehe..

    ReplyDelete
  3. mmg ramai... kesian kan.. risau dengan budak2 skang dan akan datang macamna.. moga kita dan keluarga kita dijauhi.. aminn

    ReplyDelete
  4. hurmm..kalau gelak kuat2..sy pun cmtu kalau da jpa geng..hahaha.. ;p

    tp nak kiss2 tu...mmg x ptot laa

    ReplyDelete
  5. hish mmg tak patut.. kalau jijah mmg pergi jauh dr tempat tu..sakit hati je tengok

    ReplyDelete
  6. xpaham dgn mentaliti budak2 remaja zaman skarang--haiiisshhhh

    ReplyDelete
  7. ermm budak2 zaman skrg ni macam2 hal..tu belum lagi yang ponteng sekolah pastu lepak kat shopping mall..apa nak jadi ntah..malas belajar nak jadi apa pun tak tau laa

    ReplyDelete
  8. selalu kan nmpk situasi mcm tu..kita pulak yg malu. diorg boleh je selamber..maybe diorg rasa bangga kot dgn perlakuan diorg..

    anniversary yg ke-5? wahh sama lah kita :))

    ReplyDelete
  9. realiti zmn sekarang kan..hurmmm..sdh

    ReplyDelete
  10. ish3 budak2 zaman skg nihh ...

    ReplyDelete
  11. wah, dah 5 tahun ye~~

    happy coming anniversary ye~ :D

    ReplyDelete
  12. budak2 cmtu bila tgh ramai,mcm2 kerenah.....sje nk tunjuk diorg tu sosial....moden kononnya..

    ReplyDelete
  13. macam tu lah bebudak sekarang... tegur salah, tak tegur pun salah...... harap ibu bapa berikanlah perhatian dlm hal2 mcm nie.....

    ReplyDelete
  14. wah sama la kita..9 mei nie ulang tahun ke 5 jugak..doakan korang sentiasa berbahagia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankz dear...doakan syaz pon sentiasa bahagia..:)

      Delete