Salam semua…
Hai korang. Maaf ari ni terlambat sikit nak update blog. Bz sikit uruskan oder2 handbag, Alhamdulillah rezeki dimurahkan. Semoga bisness online aku terus maju. Doakan aku ye kawan2.Harini takde petua nak dikongsi, tak sangka ramai pulak yang berminat dengan petua gigi bersinar sinar tu. Actually petua tu aku jupe dari majalah mane ntah, dah tak ingat. Nanti aku cube cari petua yang best2 lagi ye korang.
Tadi blogwalking kejap kat blog kawan2. Terbaca blog someone tentang hubungan dia dan si bf. Selalu aku mendengar keluhan tentang orang perempuan je yang get ready nak berkahwin dan nak kan komitmen, tapi laki pulak tak bersedia. Pada pendapat aku tak salah bila si perempuan mengharapkan hubungan yang lebih serius dan mengharapkan ikatan perkahwinan. Sape taknak hubungan yang halal kan. Dan aku juga paham kenapa lelaki tak ready untuk mengajak si buah hati untuk berkahwin. Ni adelah kerana zaman sekarang ni terlalu banyak dugaan, si lelaki perlu memikirkan duit hantaran, rumah , kereta , simpanan untuk menyara anak bini, dan kos hidup yang tinggi. Susah kan? Tapi satu je nasihat aku, mungkin semua orang isau pasal duit kan. Tapi percayalah untuk benda baik macam kahwin ni insyaallah Allah akan permudahkan rezeki kite untuk membina "masjid". Usaha la selagi mampu.
Untuk menuju kearah perkahwinan ni memerlukan banyak kesabaran dan tolak ansur. Pada kaum wanita, jangan terlalu mengharap lelaki je yang nak spend duit berpuluh2 ribu, beli kete, beli umah. Kalo mampu kite tolong, ape salahnye kite share same2 dengan si dia kan. Dalam bab ni, si perempuan harus lebih memahami. Aku bercakap ni secara umum ye. Sebab aku pun kadang2 tolong raja dari segi pe yang aku mampu. Kalo aku de duit, aku usaha sendiri dapatkan ape yang aku nak.
Aku berkawan dengan raja agak lame, dah mencecah 5 tahun aku kenal ati budi dia. Sumpah kadang2 rase hampir putus asa dengan hubungan ni. Besela dulu2 masih tak matang, sentiasa mengharapkan si dia menjadi BF yang PERFECT. Lepas 4 tahun baru aku boleh memahami dan ikut rentak masing2. Aku juga pernah rase kecewa bile raja tak bersedia untuk kawin, bile aku bercakap pasal kawin dia cakap “ cukup duit kawinla”..dengar macam tu rase macam nak pitam pun de, zaman bile la plak nak cukup duit kan.
Tapi aku ni manusia yang sangat degil, aku tak berhenti usaha untuk menuju ke hubungan yang halal. Makanya,aku mengajak raja pegi ke Kursus Kawin. Masa tu raja masih tak cakap pape pasal kawin. Mungkin blom ready kot. Lepas seminggu kami ambil kursus kawin, ade satu hari tu di pagi yang damai.. cewaaahhh, aku dapat mesej dari raja. Masa tu aku kat kampong tau. Dalam mesej tu dia ajak kawin, n dia da bagitau family dia suh meminang aku. Alhamdulillah, kesabaran aku berbaloi. Sumpah mase tu rase nak tersenyum sepanjang hari. Dan sekarang aku rase sangat happy sebab raja manusia yang dulu selalu elak kalo cakap bab kawin, dan akhirnye sekarang dia lelaki yang excited untuk berkahwin. Hampir separuh persiapan tunang kitorang dia yang wat.
Maaf kalo korang tak suke aku bercerita pasal aku dan raja. Tapi aku cuma nak menunjukkkan yang kesabaran tu adalah senjata yang paling penting. Bersabarlah sebab ALLAH akan gembirakan orang yang bersabar. Dan aku mohon korang doakan segala planning aku dan raja berjalan dengan lancar. Buat kawan blogger yang dalam masalah tu, linda harap anda dapat membuat keputusan yang bijak dan teruskan bersabar. Linda doakan korang akan bertemu jodoh. Amin..:)
Notakaki: Maaf, entry panjang sangat.Have a nice day u all....:)
AMBOI...suke la ye..berkat kesabaran
ReplyDeleteSABAR itu separuh daripada iman.. kan².. InsyaAllah.. dipermudahkan segala urusan kita.. selagi niat kita tu murni..
ReplyDeleteermmmm bgozlah,moga linda n raja bhagia slalu yer nanti..
ReplyDeletekesabaran ada hikmahnya kan.. jijah dulu pon camtu gak yunk.. suami jijah dulu buat bodoh je.. puas desak.. akhirnya dengan sendiri dia yg ajak kawen.. InsyaAllah bila kita ada niat nak mendirikan masjid... tak semena rezeki sentiasa ada...
ReplyDeletehehe..thanx Linda~ :D
ReplyDeletebagi sayalah, saya tau dia tak mampu berpuluh2 ribu duit hantaran, sebab tu saya cakap ngan mak saya tak yah banyak..pastu saya mmg dah niat nak tolong dia sikit dr segi kewangan..bagi saya kenduri setakat yg mampu dahla~
tp, mungkin bagi dia, dia nak ada kereta dan rumah dulu, baru nak fikir pasal kahwin..saya tak kisah dia nak ada kereta pun, tp ikut kemampuanlah..jangan menyeksa diri sendiri..
mungkin saya patut ajak dia g kursus kahwin gak la kot..huhu..2 tahun lepas pernah ajak masa dia tgh final year, tp cancel last minit sebab dia tetiba ada kursus tecs..huhu~~
same la macam kes saya ni.. dah masuk tahun ke 8 baru kami kawen.. sebaya.. baru nak bekerjaya.. mmg macam2 dugaan.. harus sabar dan matang.. akhirnya kami ketemu jodoh.. smoga linda dan raja berkekalan hendanknya ya
ReplyDeletesweet nya linda.... sanggup bersabar demi abg raja.....
ReplyDeletenak jadi pemaisuri camtu lah...... kena bertolak ansur......
betul beb,
ReplyDeleteselalu dengar mcm tu.perempuan ready.laki tkot sket.
to yela.benda baik ni insyaAllah di permudahkan
harap nya apa di rancang kan tu berjalan baik ye.
wa pula excited ni.hah
that's true linda! zaman skrg ni bkn zaman mcm dulu, kena harap semua dkt lelaki..kena sama2 tlg, share apa yg kita mampu.. zaman skrg ni duit terlalu kecil nilainya..nak x nak kena la sama2 usaha..
ReplyDeletekalau ada jodoh x kemana kan..sabar dan terus berusaha kalau kita btl2 nak sesuatu :))