Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday 22 May 2012

Ingin menarik perhatian LELAKI?

Salam semua...

Hallo girls..arini aku nak share something dengan korang semua. Pernah tak korang terpikir ape yang menyebabkan lelaki tertarik dengan kita, wanita? Salah satu sebab besarnye adelah kerana perwatakan kite sendiri. Nak tau tak ape perwatakan wanita yang menarik perhatian lelaki? 


PENYABAR
Walaupun pada lumrahnye wanita adalah manusia yang lemah lembut, tapi tak bererti wanita yang lemah lembut itu adelah wanita yang penyabar. Lelaki sangat tertarik dengan perempuan yang penyabar, tak panas baran. Cuba tanamkan sifat penyabar dalam diri kita dan selalu berfikiran positif. Bile kite bersikap sabar insyaallah akan wujud toleransi dan senang untuk kite berbincang kalo ade ape2 perselisihan faham.

KEIBUAN
Sifat keibuan ni lebih kepada sikap lemah lembut dan penyayang. Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang bersifat keibuan sebab wanita bersifat keibuan ni lebih menyayangi anak2. Lelaki tengok pun sejuk mata memandang.

MANJA
Manja ni subjektif sebenarnye. Ape yang aku perasan memang lelaki sukekan perempuan yang manje. Tapi awas ye, manje semulajadi adelah lebih baik daripada manje mengada ngada atau kite panggil manje buat2. Sesetengah perempuan manje dari segi percakapan , ade yang manje dari segi kelakuan. Tapi biarlah berpada pada manje kite ni, jangan sampai orang cop kite sebagai wanita GEDIK.

MEMAHAMI
Sebagai wanita dan pasangan , kita perlu lebih memahami lelaki dari segi kewangan dia, masalah keluarga, masalah kerja. Kadang2 lelaki ni bukanla jenis bercerita masalah dia, tapi kita yang kene lebih memahami. Bab ni aku pun kadang2 fail gak..huhu. Selalu memberontak nak ikut kepala aku je. Haissshh.

MENERIMA SEADANYA 
Jangan negatifkan pikiran kita, terimalah pasangan kita seadanya. Jangan terlalu memandang pada rupa atau harta. Aku paham semua wanita nak kan lelaki yang ade harta, tapi berpada padala. Bile kita sayangkan dia, ikhlaskan hati dan terima dia dengan seadanya.

MENGHARGAI
Hargai ape yang pasangan buat untuk kita. Lelaki suka wanita yang suke memuji diri dia dengan pujian yang ikhlas dan menghargai ape yang dia wat. Penghargaan kepada dia menunjukkan bahawa kita bersyukur mengenalnya dan bersedia untuk komitmen yang lebih serius.

MEMENTINGKAN PENAMPILAN DIRI
Lelaki lebih menyukai wanita yang pembersih, kemas dan pandai jage penampilan diri. Jangan terlalu inginkan simple sampai kita nampak selekeh di mata dia. Sekali sekala kenekan fesyen2 yang updated. Barulah dia tau yang dia memiliki wanita yang cantik dan bergaya.

LEMAH LEMBUT & BIJAK BERKOMUNIKASI
Lelaki juga sangat sukakan wanita yang lemah lembut, tapi kan kadang2 ade jugak lelaki yang sukekan perempuan yang kasar2 sikit. Selalunya wanita yang lemah lembut lebih menjga pertuturan dan bijak dalam pergaulan. Lelaki akan lebih tertarik kalau wanita itu mempunyai pengetahuan yang luas, dan boleh bersembang dalam ape topik sekalipun. Takdela asik nak mendengar pasal fesyen 24jam. 

TIDAK BERKIRA/ KEDEKUT
Sebgai pasangan , kita kadang perlu bertoleransi dan tidak kedekut. Kadang2 kite kene memahami gak situasi kewangan dia. Janganla terlalu mengharap semua bende si dia nak keluar duit. Sekali sekala ape kata kamu belanja dia tengok wayang or makan2.

Notakaki: aku selalu mencuba untuk menjadi yang terbaik pada si dia.. walaupun kadang2 perangai aku memang menjengkelkan, kadang2 sesape pun rase nak berparang dengan aku sebab aku manusia yang terlampau degil...huhu..kan raja?

11 comments:

  1. hehehe..harap2 berjaya la memikat

    ReplyDelete
  2. ada ke ciri-ciri tu pada diri ini erk?? jeng! jeng! jeng!

    ReplyDelete
  3. setuju......
    kekadang kita selesa dgn perwatakan kita sampai kita lupa ada mata yg memerhati..... ada hati yg perlu dijagai....
    so be smart.... go with the flow...dan yg paling penting... tahu batasan......

    ReplyDelete
  4. ahahahah.....kelakar..nsb smpai skang sidia bertahan ag..
    bnyk yg buruk dr baik perangai Nyue nie...

    kecian dia...ahahah

    ReplyDelete
  5. kehkehkeh.... sesuai untuk yang masih bujang.. sy plak nak tarik perhatian suami jela.. tapi tips ni bagus untuk yang dah kawen jugak..

    ReplyDelete
  6. masing2 ada kelebih n kekurangan.. janji sama2 give n take.. baru lah kekal gitu :)

    ReplyDelete
  7. Bila aku dah mula kerja, antara benda yang sangat aku perlukan dari seorang wanita ialah, tidak call/sms hanya untuk tahu aku ada di mana, buat apa dan sebagainya. Pendek kata, jangan ganggu langsung.

    ReplyDelete
  8. tp...kene blaja terima kelemahan pasangan masing2..kdg2 kelemahan die tuh laa yg wat kite rindu bile kite berjauhan~ :)

    ReplyDelete
  9. hahaha..ni lah org kata bljar dri pngalaman...bgoz-bgoz..cpt-cpt sikit lah kahwen!!

    ReplyDelete
  10. agak susah nk jumpa perempuan2 cmni zaman skrg ni....luar bandar mungkin ada la...

    ReplyDelete