Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday, 29 May 2012

Terkejut dan tak percaya


KUALA KUBU BHARU: “Saya tidak sangka pemberian RM400 oleh arwah suami awal pagi tadi untuk membeli baju raya tiga anak menjadi kenangan terakhir memilukan dalam keluarga kami,” kata Maimunah Ahmad, 45 menceritakan perlakuan pelik suaminya, Abd Ghafar Lahakim, 52, sebelum terbabit kemalangan di Kilometer 432.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berdekatan persimpangan keluar plaza tol Bukit Beruntung, dekat sini, semalam.Kejadian berlaku jam 6.15 pagi apabila mangsa dirempuh lori membawa papan yang terbabas sebelum dilanggar sebuah lori lain dari arah sama.

Menurutnya, mangsa keluar rumah di Kampung Sungai Behrang di Slim River menaiki motosikal Kawasaki berkuasa tinggi jam 5 pagi untuk bekerja sebagai pasukan polis bantuan di KL Monorel di Brickfields.
“Saya menasihati arwah supaya tidak perlu membelikan baju raya anak kerana masih mempunyai masa berbuat demikian. Arwah bertegas memberikan wang itu.

“Tidak sangka kelakuan pelik itu menandakan arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, semalam.
Beliau berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa suaminya pada jam 8.30 pagi semalam oleh anggota polis dari Balai Behrang, Tanjung Malim.
“Saya membawa tiga daripada sembilan anak saya ke HKKB untuk menuntut jenazah selepas bedah siasat selesai dilakukan.
“Arwah ada menyatakan hasrat membawa tiga anak kami bersiar-siar di ibu negara pada petang hari kejadian selepas selesai bekerja jam 7 malam,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan kejadian masih dilakukan untuk mendapatkan maklumat kemalangan itu.

Katanya, pemandu lori yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh manakala seorang lagi pemandu lori belum dapat dikesan. “Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih 20 kilometer selama lima jam di tempat kejadian. Ketika itu cuaca terang dan jalan kering. “Siasatan awal mendapati lori papan hilang kawalan lalu terbabas sebelum dirempuh sebuah lori lagi yang juga terbabas lalu terbalik,” katanya.



Korang ade tak tengok berita malam tadi pasal eksiden ni? erm..aku tak tengok berita, tapi aku tau sebab arwah adalah salah sorang staff di  Rapid KL, bahagian Monorail. Agak terkejut gak sebab macam tak percaya je dah meninggal. Dia ni memang peramah orangnye, aku tak de la kenal sangat dengan arwah sebab dia bekerja di Monorail office, aku pulak di bahagian Putra LRT.Tapi ade jugakla bertegur sape kalo terserempak ke.  Rase macam tak percaya je, kite baru je duk sembang2 or jupe dengan seseorang tu..tetibe esoknye dia dah meninggal. Da la arwah ni excident mase otw nak gi keje. Memang kita tak kan tau kan bile ajal kite. Takziah untuk keluarga arwah. Al- Fatihah.


18 comments:

  1. al-fatihah..

    ajal boleh menjemput kita bila-bila masa je~

    ReplyDelete
  2. innalillah... ajalnya da sampai... moga rohnya di cucuri rahmat!

    hari tu jiran jijah pon excident.. petang tu seronok tgk die gelak2.. lepas magrib dapat khabar meninggal excident..takut kan.. ajal maut tak kira usia n tempat..

    ReplyDelete
  3. inalillahwainnailaihirajiun...tu lah ajal maut hnya Allah yg tahu..

    ReplyDelete
  4. kat bkit beruntung ni jgk arwah abg ipar sy eksiden n meninggal..smpai skrg kes tu xsetel...org yg langgar tu tak mengaku pulak..rasa mcm nk pi cmpk bom!

    ReplyDelete
  5. al fatihah..

    ajal bole sampai bila-bila masa je kan..

    ReplyDelete
  6. ya allah al-fatihah..
    owhh Linda kje sane ea?
    jage diri bebaik tau Linda..

    errr ayah Linda ade bukak kedai makan kan??
    kak ana belom sempat lagi singgah..hehe
    buat la entry psl kedai ayah linda tu..
    ce cite...ce cite..hehe





    luv,
    cik ana Besout

    ReplyDelete
  7. salam takziah buat family mangsa,,
    mmg ada tgk berita nie.

    ReplyDelete
  8. salam takziah. ajal maut memang tidak boleh dijangka. kita yang hidup ni sentiasalah bersedia dgn bekalan yang secukupnya.

    ReplyDelete
  9. Alfatihah...innalillah...takziah utk keluarga arwah..

    ReplyDelete
  10. sedihnya... al-fatihah.. bila dah sampai waktunya kita akan pergi jua..

    ReplyDelete
  11. linda...nnti jemput dtg kenduri kat trolak ye..17hb June..kalau nak kad, email alamat kat poca_hontas87@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. ni la di kata kan kalau da ajal beb.
    tak kire masa,tak kire tmpt.jadi juga.
    hmm


    al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  13. alfatihah...
    Takziah utk keluarga arwah......
    semoga arwah tenang disana....

    ReplyDelete
  14. takutnya.. alfatihah dan ucapan takziah untuk ahli keluarga arwah

    ReplyDelete
  15. ish3......x tgok la berita....huhu...al-fatihah..

    ReplyDelete