Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Friday 21 September 2012

Review The Possession

Salam semua...

Actually isnin lepas aku de tengok wayang, dengan adik aku di KLCC. Layan cite The Possession. Aku de bace review orang pasal movie ni, kebanyakannye bagi positive review. Aku memang minat gile dengan movie seram2 tambah2 pasal kene rasuk kan.Aku rase movie ni da agak lame jugak kat panggung, mungkin aku antara insan terakhir yang tengok movie ni kot. Kalo dah abis kat panggung, korang download pun ok movie ni. Seraaammmm neyhh..

*************************************************************************************

Sinopsis:

Kehidupan sebuah keluarga tidak seindah yang disangka apabila pasangan ibubapa berpisah disebabkan tidak sefahaman. Stephanie dan Cylde mempunyai 2 orang cahaya mata yang sangat cantik sedang melangkah kealam remaja. Si kakak bernama Hannah merupakan seorang yang agak cergas, suka menari dan memasuki pertandingan menari bersama kawan2 sekolahnya manakala si adik Em merupakan sorang yang suka bersendirian, akan tetapi mempunyai suara yang sangat lantang dan berani.
Plot bermula apabila mereka adik beradik bersama ayah mereka melawat sebuah Yard Sale di sebuah kawasan kejiranan dipinggir kota. Em terlihat sebuah kotak diletakkan diatas sebuah laci pakaian, mempunyai ukiran Hebrew yang unik dan pelik telah menarik perhatian beliau untuk memiliki kotak tersebut. Beliau memintak bapanya cuba membuka kotak tersebut apabila sesampainya dirumah akan tetapi Cylde tidak berjaya untuk membuka. Em bertekad untuk membuka kotak tersebut, ingin mengetahui apakah kandungan dalam kotak tersebut.
Pada malamnya, sesedarnya beliau dari tidur, Em terus ke kotak tersebut dan cuba untuk membukanya. Akhirnya kotak tersebut berjaya dibuka. Terdapat pelbagai barang2 pelik didalam kotak tersebut termasuk sebuah cincin pusaka. Beliau terus memakai cincin tersebut dan terus tidur. Kehidupan Em semakin hari semakin pelik sejak beliau berjaya membuka kotak tersebut. Hal ini dapat disaksikan dan dirasakan oleh bapanya sendri. Sejak dari hari itu, pelbagai perkara pelik berlaku di dalam rumah mereka, bende2 supernatural yang menggangu malam2 kakaknya, dan jugak bapanya. Sehingga la Em ni seperti dirasuk dan mencederakan orang sekeliling dia.


***********************************************************************************

Pada pendapat aku movie ni ok, jalan cerita pun senang paham. Tahap keseraman pun boleh tahan. Banyak sound effect yang boleh menyebabkan  aku terkejut sampai nak tercampak pop corn. Huhhh..lakonan budak perempuan yang bernama Em tu serius menjadi dengan mimik muka dia, n jeritan dia mase kene rasuk tu. Meremang gak bulu roma aku. fuhhh. 

 

Kotak ni la yang Em beli, dalam tu ade beberapa barang sepertiu serangga dan cincin. Cincin tu yang Em pakai sehingga dia kene ganggu. 

 
Tengok muke Em ni serius menakutkan..menjadi la mimik muka dia :)


Notakaki: Aku bagi 4/5 bintang untuk movie ni.


18 comments:

  1. cam best je... nk tgklah nnti hihi.. tq info ni linda :)

    ReplyDelete
  2. dh tgk..bolehla..paranormal activity lg suspen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..ye ker, linda x minat sgt cite paranormal activity tu

      Delete
  3. betul tuh. macam best jer neh. huhuhuh. nak p tgok wayang neh macam jauh jer huhuhu

    ReplyDelete
  4. menarik juga tu......
    tapi bila remy nak pi tgk nie....? hu3

    ReplyDelete
  5. lupa lak..... remy tag linda ngan abg raja ti sekali...he3..

    http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2012/09/tambah-follower-by-khairunnisa.html

    ReplyDelete
  6. wah... nak tgk gak! tp kalau encik suami takde mmg tak menonton wayang la jawabnya...huhuhu

    kena download nampaknya ni..

    ReplyDelete
  7. mcm best utk ditengok. sejak2 dah bertunang ni xpernah pg tgk wayang. donlod je la nmpknye...he........

    ReplyDelete
  8. tak tengok lagi. tapi memang ramai cakap best. :)

    ReplyDelete
  9. td pusing2 kat pawagan xtertengok plak tntng cerita nie. kalau best nak donlod la nanti. seram sangat ker.

    ReplyDelete
  10. macam best je baca sinopsis tu..kena tgk ni :)

    balas kunjungan dr segmen Hanif Idrus :)

    ReplyDelete
  11. ske tgk (xrs seram) tp abes jek cite 2ps bLk umah (then muLe La takot)

    acanerr tu???hehe

    ReplyDelete
  12. Tak suka tgk cita seram.......takut

    ReplyDelete
  13. aku baca pun dah rasa seram ni...hehehe....lme btol x tgok wayang...xde geng..huhu...ko ada raja, aku nk cari permaisuri la....hahaha...

    ReplyDelete
  14. cte neh byk scene tkejot .. boleh tcabot gusi dbuatnyee .. haha

    ReplyDelete
  15. tak beranilah nak tgk citer seram..hhuhu~

    ReplyDelete
  16. mmg best laa cite nie! wa suke gile tgk cite nie hehe

    ReplyDelete