Salam semua...
MUAR – Isteri dan dua anak kepada seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Batu 14, Jalan Muar-Ayer Hitam berhampiran Bukit Naning dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa Ngaisah Redzuan, 46, yang merupakan seorang guru dan dua anaknya, Mohd. Nurullah Al-Azim Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10, meninggal dunia di tempat kejadian.
Tubuh tiga beranak itu berkecai apabila kereta Proton Persona yang dipandu Ngaisah dihempap tiang dan bahan binaan konkrit setelah sebuah lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan tersebut hilang kawalan lalu terbalik.
Lori berkenaan yang datang dari arah Ayer Hitam menghala ke Muar pada mulanya cuba memintas kereta mangsa yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan rumahnya.
Malangnya, lori terbabit tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan konkrit berkenaan bertaburan dan menghempap kereta mangsa.
Lebih memilukan kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah mangsa ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning yang merupakan tempat Ngaisah mengajar. Dua anaknya juga bersekolah di situ.
************************************************************************************
Baca paper hari ni membuatkan aku menitiskan air mata, sedih. Ajal maut semua ditangan ALLAH, tapi aku rasa macam nak marah pun ada dengan lori treler yang bawak konkrit tu. Terlebih muatan ke? Kalo tengok dalam paper online, korang boleh nampak macam mane leper dan hancur nya kereta pesona mangsa. Serius sedih bile tengok wajah suami dan ayah kepada mangsa. Takziah dan AL-Fatihah kepada semua mangsa.
Sumber: Kosmo, Mymetro, http://abgrara.wordpress.com
Ya Allah sedihnye.. tu la kadang geram jugak denga lori tu, dah la satu nak memintas kan.. semoge roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman.. pilu tengok gambar suaminya kan, sekelip mata je hilang semue :'(
ReplyDeleteYa Allah..tak pasal2 je..tp mmg pemandu lori ni banyak yg pentingkan diri sendri je..xpikir org lain..
ReplyDeletesedihnya.....
ReplyDeleteajal maut ditangan tuhan...tapi cara pemergiaannya cukup menyanyat hati.....
Al Fatihah untuk arwah arwah
ReplyDeleteya Allah sedinya dhla depan rumah je benda nak jadikan :( alfatihah
ReplyDeletealfatihah untak arwah
ReplyDeleteajal maut siapa dpt halang.
ReplyDeletehmm
al-fatihah.
baca gak brite ni semlm..huuu..mesti trauma dan sedi gile ayah dan suami mangsa kan..al fatihahh~~
ReplyDeleteal-fatihah.
ReplyDeleteAl-Fatihah.. depan rumah dah tu.. dah sampai masanya.. tapi lori tu ape cer?? geram lak.. terlebih muatan kot tu..
ReplyDeleteastaghfirullah..
ReplyDeleteinnalillah..
Al-fatihah...:(
ReplyDeletesedihnye! dh ajalnye tiba.. alfatihah :(
ReplyDeleteKami di SKBN lebih merasai kehlgn rakan setugas yg sgt baik,peramah.kak cah,kami doakan kak cah tenang dsana bsama arwh azim n balqis.pemergian kak cah sekelip mata.xmgkin kami akn lupakan kak cah slama2nya..
ReplyDeleteInnalilah....
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah... semoga roh mereka di cucuri rahmat Allah
terima kasih guruku..atas ilmu yg kau berikanlah aku ada disini..smga Allahyarhamah cikgu ngaisah dan ankny dtemptkn dlm golongan org yg soleh dn solehah..amin
ReplyDelete