Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday 26 February 2013

Petua mencari calon suami :)

Salam semua...

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke hari ni. Kawan kawan semua sihat? Juz nak share something yang mungkin berguna untuk si cantik manis semua. Ye la zaman sekarang ni bukan senang kan kita nak mencari calon suami. 


Pilih yang baik dan beragama
Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.


Cari yang sabar dan penyayang
Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran. Kalau belum kahwin dah panas baran, good bye la kan..hehehe.


Jangan nilai pada rupa
‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.


Hormat orang tua
Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormatpada orang tua kita, kan?Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.


Cari yang boleh mendengar dan mendidik
Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.


Lihat pada keluarga dia
Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.


Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.




aku suka sangat dengan pasangan ni.Romantik dan serasi :)
(Letak ler gambor kawin dorang, nak letak gambor kawin sendiri nan hado lagi..)

Sumber: http://harianislam.com

16 comments:

  1. tak sabar nak kawennnnnnnnn juga :)

    ReplyDelete
  2. wah..betul tu...zaza pun dh jumpa yg ada ciri mcm tu jgk =)

    ReplyDelete
  3. petua utk en raja ker tu....? he3

    ReplyDelete
  4. nice entry , tp ciri2 mcm tu susah nk jumpa la skang .

    ReplyDelete
  5. Tips yg super menarik untuk semua.Tapi kalau da ade calon cemane linda.Hikss :)

    ReplyDelete
  6. kan semue kene tengok dulu, mesti la lynda dah jumpe yang penuhi kriteria ni kan dah nak kawin dah :) ala dear dija tak suke scha ngan awal haha nak gak komen :)

    ReplyDelete
  7. hahaha. da pilih da bakal suami. xsempat nk tgk tips. cmne?? hahahahaha

    ReplyDelete
  8. nice tips linda.. jangan salah memilih..

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah ..lepas bace..makin syg kt die..hihih
    tengkiu... harap sama2 x salah pilih..:)

    ReplyDelete
  10. saya dah salah pilih cik linda.. dengan pantas meninggalkan faizal tahir..hehehe..lalau memilih.. beto kusyairi..

    ReplyDelete
  11. ini ciri2 lelaki top nih....susah nk jumpa lelaki yg ada semua ciri2 ni skrg... dengan siapa pun kita dijodohkan,,percayalah, semuanya adalah ketentuan dariNya dan yang terbaik dan sesuai utk kita. cuma kita yg perlu memupuk keharmonian rumah tangga kelak..

    ReplyDelete
  12. kalau dah jodoh tak kemana.insya-allah

    ReplyDelete