Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Thursday 17 April 2014

21 weeks sudaaa ~



Salam semua...

Alhamdulillah ..masuk 21 weeks dah pregnant. Macam biasa la mood malas nak update blog tu memang teruk. Tapi aku ada tabiat baru sekarang...hikhikhik. Sekarang ni terlampau rajin mengemas rumah, habis semua ceruk dalam rumah aku nak kemas dan kilatkan. Kadang kadang si raja pun tegur, dah tengah malam duk kilatkan dalam peti ais lagi.Ahahaha....

Actually last week ada masalah sikit , beberapa hari tak boleh tidur malam sebab sakit pinggang dan perut dibahagian kanan. Memang sakit sangat sangat sampai termenangis tengah tengah malam. Then hari jumaat lepas rasa macam risau pulak sakit lama sangat, Raja terus bawa pergi hospital Sg. Buloh. Hospital dikira berdekatan dengan tempat aku, dan paling best aku memang suka hospital ni sebab nurse dia baik2 belaka. Dulu gugur pun admit kat hospital sg.buloh jugak :)

Lepas beberapa jam cek, rupanya doktor cakap urine kotor. Hurm..patutla nak buang air kecil pun sakit sangat. Rupanya urine kotor. Seksa sangat rasa macam kena gastrik pun ada. Tapi doktor tu ada bagi petua nak elokkan urine kotor ni, makan ubat dia bagi macam antibiotik dan urine alkalizer, lepas tu dia kata kita boleh amalkan minum air barli, dan banyakkan minum air kosong.



Balik dari hospital tu terus aku & raja gi memborong air mineral satu kotak. Gitewwww.. minum banyak banyak. hikhik. Semalam gi klinik private pulak, sesaja nak cek dengan doktor private nak tanya pasal sakit pinggang  belah kanan aku ni, maybe betul jugak doktor tu cakap aku setiap malam tidur mengiring belah kanan, so bebanan banyak ke arah kanan. Lepas tu doktor buat scan, nak tengok kot ada masalah lain ke... yeayyy dah nampak gender baby. Sukenyeee aku.. Alhamdulillah size dia ok, aktif semacam sampai doktor pun gelak2. Leganya hati :)




8 comments:

  1. wah dh nmpk gender.... best3

    minum air masak byk2 ye linda...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. wahh awalnya dah tahu gender. scan biasa ke 4D dear? hehe salam perkenalan daripada mak buyong. sheila masukkan link awak dalam bloglist preggymom 2014.. hehe boleh tengok apa cerita update daripada awak. ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sheila.. kita scan biasa je, kebetulan nampak. Insyaallah scan 4d tunggu 26 week kot :) thankss nnti kita letak awak dlm list kita jugak. nak kene edit balik blog ni..caca marba da..haha :)

      Delete