Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Wednesday, 20 July 2011

Apam Dot Dot

Hoho....ari ni mak jemah nak share resipi nak wat apam dot dot. Idea ni timbul after dak opis aku bagi aku rase apam dot dot yg dia buat satu bekas untuk aku..

Sedap weh, tapi sayang gile nak makan apam tu coz apam tu sangat2 lah cute cam anak kucing aku. Tak pecaye??? Tengok nih...

Cute kan..hihi 

Eh...model apam dot dot ni pun cute gak...ahakz

ahhhhh...sudah sudah sudah le merepek..mari belajar masak apam ngan kak jemah.. bahan2 yg korang perlukan???

  • 3 biji telur - dari peti sejuk bukan dari reban ayam
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna warne warni...bukan pewarna kuku

cara-cara : 

* Mule2 korang masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer n pukul sampai kembang dalam mase 6- 8 minit.
* Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian n masukkan pewarna untuk setiap adunan yg dah diasingkan.
* After that korang masukkan adunan yg dah diwarnakan tu dalam piping bag.
* Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Picit dalam setengah je.
* after that picitkan dengan warne2 lain...wat la dot dot.
* Korang ulang2 la wat mengikut warna yg korang suke.
* Kukus selama 10- 15 minit / sehingga masak


~Selamat Mencuba ~

No comments:

Post a Comment