Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Thursday 25 August 2011

Makin ramai orang gile rupenyer....


Malam semalam tengok berita tak korang semua? Tengok tak berita tentang seorang bapa membunuh 3 anak dia dengan menolak anak2 dia ke dalam kolam. Pastu ade pulak berita seorang bapa cuba nak sembelih anak dia.Tapi alhamdulillah anak dia selamat, tak sempat nak sembelih. Erm..gaduh ngan isteri sampai nak sembelih anak.

Keratan metro:

Dalam kejadian jam 7.30 malam, suspek dipercayai menolak tiga anaknya, iaitu dua perempuan berusia tiga dan lima tahun serta lelaki berumur dua tahun, ke dalam kolam takungan air kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Ladang Lambak/Elaeis, Mengkibol di sini.
Menurut Ravi, sebelum kejadian dia melihat lelaki berusia 29 tahun itu keluar dari rumah menunggang motosikal bersama tiga anaknya.

“Tidak lama kemudian, dia kembali seorang diri hingga menimbulkan persoalan di kalangan ahli keluarganya.


“Dia enggan berkata apa-apa tapi selepas didesak, pada jam 9.30 malam dia beritahu ketiga-tiga anaknya berada dalam kolam itu,” katanya.

Yg minggu lepas lagi teruk sampai tetak kaki ayah sampai putus.. Zaman sekarang punye pergaduhan bukan macam dulu2. Kalo dulu gaduh2 suami isteri main tumbuk menumbuk, sepak terajang jer. Tapi sekarang gaduh je main tetak2, tak pun men tembak2...uishhh...makin gile dah semua..semua tahu nak baran jer.Bile baran kepala otak letak kat lutut.Manusia ni memang lemah, lemah sampai syaitan menguasai diri 100%..

Kite ni kalo marah selalu jadi lupe diri. Kalo marah rase nak tengking2 sampai nak terkeluar anak tekak. Bawak bawak le bersabar yer. Bulan puasa ni patotnye kite berazam untuk membuang segala perangai dan aura yg tak baik dan cube memperbaiki diri..

Bile hari2 bace paper tentang keganasan n kekejaman manusia sekarang nih, terpikir gak yg kat Malaysia ni dah semakin ramai orang gile..yang dah tak mampu nak mengawal diri. Bila marah ilang pertimbangan, sampai lupe anak2 dan keluarga. Darah daging sendiri dibunuh dengan kejam coz syaitan dah kuasai diri.

Diharapkan kite semua mampu mengawal diri n tak terjebak dengan kekejaman2 macam tu...:)



1 comment:

  1. payah kalau buat perjanjian dengan setan . setan dah berikat , dia pulak amek alih ..

    ReplyDelete