Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Friday 5 August 2011

Puasa si Miskin

Tadi dapat satu email dari akak opis aku nih. Dia share ngan aku kisah PUASA SI MISKIN ..sedih jugak bacenyer. So aku nak share ngan korang semua, juz sebagai renungan kite semua...:)
 
****************************
 

 Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat  diriku   yang sering
  terlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu
  hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah
  itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri
  mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak
  yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

  "Mana emak? "
  "Mak pergi menoreh," jawabnya.
  "Mana bapak?"
  "Bapak pergi kerja..."
  "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
  dalam lingkungan umur 5 bulan.
  "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
  "Awak ada berapa orang adik-beradik? "
  "Sepuluh."
  "Adik ni yang ke berapa?"
  "Saya yang kelapan."
  "Mana abang-abang kamu pergi?"
  "Tolong emak menoreh."
  "Adik puasa hari ini?"
  "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
  Jawabnya.
  Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
  Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
  "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
  "Bapak kerja apa?"
  "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

  Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
  kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
  hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di
  simpang  jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu
  kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh
  kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri
  barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit
  "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si
  kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya
  korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu
  sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka
  melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan
  pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan
  cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku
  bahawa mereka sudah  seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


  "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

  Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
  boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari
  pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya
  agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua
  tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari
  berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

  "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari
  cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
  Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
  "Cuma RM3.00 sehari."
  "Ayahnya bekerja macam mana"
  "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

  Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
  mewah..
  Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang
  hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
  yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah
  terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,
  masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

*********************
 
Dah bace? The moral of story,kita sbg manusia kene ingat yg ramai lagi manusia lagi susah dari kita. At least kita sgt bermewah dengan hidangan berbuka sampai ke tahap pembaziran. So, jangan lupe untuk melihat sekeliling kita, mungkin ade yg kita terlepas pandang...Semoga ramadhan ni menjadikan kite sbg manusia yg tahu erti BERSYUKUR...



No comments:

Post a Comment