Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Wednesday 28 September 2011

haaa...ni makan dia..


Lately ni aku tengok semakin banyak masalah ragut kat Malaysia nih. Asal bukak je berita ada kes ragut, asal bace je paper ada kes ragut. Tak tahulah nape banyak sangat kes ragut sekarang ni. Maybe ramai sangat penganggur kat Malaysia ni, takpun meragut ni dah jadi satu kerjaya kat Malaysia..waaahh..melampau plak sampai nak jadi peragut yg berwawasan.

Tapi peragut ni memang hati kering la kan, nekad nak meragut handbag perempuan padahal dalam handbag perempuan tuh belom tentu ade duit. Kene plak perempuan macam aku ni, dapat handbag aku bukak2 penuh dengan tisu n plastik gule2 je..hihi…kecewa lah peragut tuh. Menangis tak berlagu kalo dapat handbag aku. 
 
Semalam tengok kat Berita Metro pasal peragut yg berjaya ditangkap oleh orang ramai. Hihi..kejadahnye la peragut tuh, tak cukup skill lagi tuh. Sebab tu la berjaya ditangkap. Siap kene ikat n belasah lagi ngan orang ramai. Syabas le orang2 yg tangkap peragut tuh. Haaaaaa…tu makan dia….meragut lagi beg pempuan. Pemalas nak cari kerja halal, tau nak makan duit haram jer.

haaaa..tu makan dia...padan muke ko!

Aku nasihatkan pada semua perempuan2 supaya lebih berhati2 bile kat luar especially pada gurls yg selalu berjalan kaki balik kerja, zaman sekarang ni bukan setakat ragut je rogol pun dah banyak gile kes…boleh tension aku macam ni. So, if kite nak keluar rumah tu make sure dalam handbag jangan banyak sangat letak wang. Jangan la ko nak pegi kedai pak karim, beriye bagai ko bawak duit RM500..buang tebiat ke ape. 
 
Lagi bagus if kite masuk kelas tekwando, silat or silambam ke…supaya kita dapat mempertahankan diri kite bile ade orang cube buat benda yg tak elok pada kita..Pape pun semua, berhati2 lah anda, nasib kite ntah macam mane la nanti…hope kite semua selamat daripada kes ragut bagai nih…

No comments:

Post a Comment