Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Sunday, 30 October 2011

Waktu Sesuai Minum Air


Macam bese after bangun tidor aku mesti pergi ke dapur...heee..bukan nk makan ye..tapi nak gi minum air. Tetibe aku nampak ade kertas ditampal tepi dinding. Waaahhh..dapur umah aku sekarang ni dah jadi media pengiklanan rupenyer. Dalam mamai2 tu aku bace gak ape mende nye yg ditampal nih. Rupe rupenye info pasal waktu yg sesuai untuk minum air. 

Ni mesti keje makcik aku nih, mentang2 la dia keje dalam jabatan kesihatan kat Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), macam2 info dia sharing dengan aku. Bagus gak ni, so aku nak share sikit dengan korang pasal waktu yg sesuai untuk minum air. Haha..nak minum air pun kene tengok waktu gak korang..aku pun tak penah tau. Yang aku tau bile dahaga je aku minum air.



************************************************
Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman. Untuk information korang, minum air lepas bangun tidur ni memang bagus sangat, tapi make sure yg korang belum gosok gigi lagi coz air liur basi yg terkandung dalam mulut kite tu ade lah baik untuk melawan sel2 kanser dalam badan n mencuci organ dalaman kite.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan. Pada sesape yang berdiet elok untuk amalkan ni, bile kite dah minum segelas air masak sebelum makan, akan menyebabkan perut kite rase kenyang sedikit so dapat avoid kite untuk makan dengan banyak.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah. Wahhh..pada sesape yg menghidap darah tinggi bolehlah amalkan minum air sebelum mandi

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

******************************************************


So far, aku memang amalkan waktu minum air yg sesuai kecuali minum air sebelum mandi. So after this insyaallah aku akan amalkan semua nih, ni pun salah satu cara untuk kite menjaga kesihatan gak kan..:) 

No comments:

Post a Comment