Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Saturday 3 December 2011

~S.A.T.U.R.D.A.Y~


Salam u all..hope semua sihat.Huuu..arini dah sabtu kan.Laju gile mase berjalan sekarang ni. Actually dari malam tadi aku planning hari ni nak bangun lewat sikit, tapi apekan daya..kul 7 aku dah terjage. Nak tido balik pun tak boleh dah..Grrrrrrr. Pagi2 aku dah ngadap lappy online fb..:)

Kul 10 pagi aku dah kuar umah gi Tailor kat PJ untuk tempah baju kurung moden. Gigih aku gi cari kain kat jackel semalam..heeee...ni sebab aku excited nak jadi pengapit wedding my best fren ujung bulan ni...:) Balik umah sebok aku mengemas umah n menyental bilik air n dapur...pffffff...

Ohhh...malam ni aku nak layan movie ombak rindu. Tak taula best ke tak. Tapi ramai yang kate best. Hope best la, jangan nanti aku tengok cam hampeh jer...kang ade panggung yang terbakar. Actually aku nak tengok twilight, tapi partner aku tu nak tengok ombak rindu...haishhhhh...camno ni...main osom la..mulehhh?? Tapi ok gak kot tengok ombak rindu..boleh tengok abg Aaron...peeewiitttt..:)

Filem ombak rindu ni based on novel ombak rindu, novel dia macam gambar kat atas tu. Heee..novel tu aku bace mase zaman sekolah menengah dulu. Aku ni memang gile novel la. Novel ni je dah aku bace 3 4 kali. Memang layannnn..hope filem dia akan hebat cam novel tuh. 

meh aku share sikit sinopsis novel nih:

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

ohhh...abang Aaron...i lap u..:)

P/s: aku rase watak Izzah tu lagi sesuai dibawakan olah Lisa Surihani, bukan Maya Karin...coz Lisa lebih lembut dari Maya...

No comments:

Post a Comment