Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Saturday 28 January 2012

# Sumpahan Kum Kum #

 
 Morning..

Harini dah sabtu..tak tau nak buat aktiviti ape. Malam tadi duk tengok tv tetibe tertengok The Making Of "Sumpahan Kum Kum". Macam best je aku tengok citenyer..memang seram dan suspen lah. Tu kalo aku tengok mesti boleh tercampak popcorn sebab terkejut. hehe..

Terpikir nak tengok movie tu, dengan banggenye aku ajak si Awin tengok..tapi dia tak dapat menunaikan impian aku yang seciput tuh atas sebab2 tertentu...huwaaaa..sedihnyer.
Meh aku share sinopsis filem ni dengan korang :
Cerita bermula apabila Mila (Shima Anuar) yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom (Lydiawati), memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima (Wawa Zainal) ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini (Echa) dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Kenape eh nak cantik kene gune ilmu2 yang tak betul..haissshhh..nyusahkan diri dan keturunan je. Tak cantik pun xpela, asalkan de yang sayang..cewahh. Gune je petua2 lame nak bagi cantik kan. Yang penting biarlah cantik dari dalam. Jangan muke je cantik, tapi perangai.. subhanallah..

Notakaki: sekarang sape yang nak teman aku gi tengok wayang..jom la koranggggg..:(


14 comments:

  1. takut tengok citer hantu~~

    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..takut pe nye yana...kalo takut kite jerit je..

      Delete
  2. mcm best je kan ;) ok, nnti nak pi tgk la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok jgn tak tengok...memang best..jangan pn.gojes jerit2 dah la nanti..hehe

      Delete
  3. ala kat morocco x dak pawagam cita ni lah..mcm mna nk tngk ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik malaysia dlu la dalca....haha

      Delete
    2. dalca..down load cm ombak rindu ritu..ingat tak..hehehe

      Delete
  4. memang cerita dia sngt seram tau.. misz domu tak tengok sbb ada darah2.. kawn misz domu tgok semua kata seram la.. hehehe.. citer dia bez..tgok tau..jgn tak tgok..hehehe

    ReplyDelete
  5. mcm seram jea citer ni.takut pulak nak tgk :)

    ReplyDelete
  6. salam kenal dan dofollow sini

    akak tunggu kalau ada cd je nanti, nak p panggung akakk ada 3 handbag kecil, susah nak tengok wayang aman damai...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hai hazim..amboi..baru nak jenguk blog aku kan...hurrmmm

      Delete
  8. warghh ta yah la dear download jek la ekke :D jimat wee~

    ReplyDelete
  9. hehe...tengok kat pawagan syok..sound sistem gempak..:)

    ReplyDelete