Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Monday, 25 June 2012

Facebook punye pasal daaaa..

Remaja mulut celupar dibunuh

 

BATU PAHAT - Gara-gara menghamburkan kata-kata maki hamun, seorang remaja lelaki maut dibelasah dan ditikam berdekatan sebuah pusat beli-belah di Taman Flora di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Meng, 17, ditikam dengan pisau dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai di sini.Suspek yang berusia 20-an bersama tiga rakannya dikatakan ke pusat beli-belah itu untuk mencari lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin bagi menyelesaikan masalah berhubung satu sindiran di Facebook.

Bagaimanapun, mereka gagal menemui orang yang dicari sebaliknya bertemu dengan mangsa yang merupakan rakan kepada Kelvin.Mangsa yang dipercayai enggan bekerjasama telah membangkitkan kemarahan suspek menyebabkan suspek mengetuk kepala mangsa dengan objek keras menyebabkan mangsa membalas dengan menghamburkan kata-kata kesat.




 Zaman sekarang ni bahaya betul kan, semuanye  berpunca dari Facebook. Actually facebook tu tak salah pape pun, yang salah adelah KITE. Kite yang tak tau nak menggunakan facebook tu dengan cara yang baik. Ni tak, semua kemarahan, makian, sindiran nak diupdate dalam facebook tu. Tu yang ade sampai pasangan bercerai berai sebab facebook, bunuh membunuh dan pukul memukul. Adelah lebih baik kite gunekan facebook tu dengan tujuan yang baik, keluarkan kate2 yang elok, dan saling nasihat menasihati. So, pesanan untuk semua, lepas ni jangan nak sindir menyindir di Facebook. 

Notakaki : Aku baru je wat facebook baru lepas 8 bulan delete FB yang lame. Hihihi...:)


11 comments:

  1. hurmm...bahaya betul skang nie....

    ReplyDelete
  2. betul2..gunakan fb cara yg betol..walaupon wall fb tu sendiri yg punya..

    ReplyDelete
  3. Fb atau sosial network ada pro dan kontra nya.... apa yg penting... nawaitu kita......

    ReplyDelete
  4. guna FB utk sharing knowledge, rehatkan minda, cuci mata (shopping) dah la..xyah la gaduh2.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. salah guna bahaya betul..lagi2 kalau dapat kat org yg tak fikir panjang ni..

    ReplyDelete
  6. nauzubillah.... seram dengar berita tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie misz domu... my private blog...

      Delete
  7. betol tu fb x slh apa-apa pon..yg slh kita sendiri...kena lah jaga mulut dan adab sesama manusia..

    ReplyDelete
  8. adei, macam-macam la sekarang ni.. ish ish

    ReplyDelete
  9. betul betul..skrg nie sume nak cite kat facebook or twitter..cerita skit2 bole lah..lau cite lbih2.. cam malukan diri sdri balik jer.. kat mktb sy femes budak2 sini luah rasa marah kat bf..pastu bile dah ok, loving2 balik -.-'

    ReplyDelete