Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday 2 October 2012

Resepi Apam Polkadot



Salam semua...

Hai..memandangkan aku dah berjaya buat apam polkadot, aku nak share resepi dengan korang. Ni pun resepi aku belajar dari internet gak. Nak buat dia senang je. Nah aku share resepi apam polkadot :)



Bahan Bahan:

3 biji telur (dari peti sejuk)
2 1/2  cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil sen vanilla
Pewarna 

Cara cara :

1. Masukkan telur, gula halus n ovalette dalam mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum sehingga bahan menjadi kembang dan putih. Pukul dalam 6-8 minit.

2. Selepas tu masukkan susu, tepung + baking powder yang dah diayak, dan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan maksimum.

3. Lepas tu bahagikan adunan pada beberapa bahagian n campurkan dengan pewarna yang anda nak.

4. Masukkan adunan dalam piping bag, 

5. Picitkan adunan dalam paper cup dalam separuh. Jangan picit smpai penuh paper cup sebab nanti apam tu mengembang. 

6. Kukus apam dalam 10- 15 minit. 

********************************************************************************

Senang je kan cara nak buat apam ni. Korang try buat, lepas tu pos kat aku. Kihkihkih. Aku ni sekarang ngah gigih belajar masak. Almaklumla nak jadi isteri yang cemerlang , gemilang n terbilang nanti..:)
Selamat mencuba ye semua. 


17 comments:

  1. yeah...cik mah nk try....nyum2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sila la try, cik mah pun hebakk memasak kan

      Delete
  2. hebat tu..dah buat ari tu tp tak jadi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hebat mne pun Normi, saje je try2..hihi

      Delete
  3. best2..nak try nanti! tq linda!

    ReplyDelete
  4. terbaekkklah.. siap bekalkan resipi lagi... bagus2..

    ReplyDelete
  5. pandainya linda..rajin btl :)) thx eh share resepi ni.. nak try jgk lah :D

    ReplyDelete
  6. dah berjaya buat, tp x berjaya lg nk hantar ke umah aku sket...hahaha....

    ReplyDelete
  7. nie belajar masak preoaration khwin nie..hehehe.. bagus cik linda nie..kalau shirah..entah apa jadinya nanti..

    ReplyDelete
  8. Kakak aku selalu buat kek ini...
    Tak larat nak makan..hehehehhe

    ReplyDelete
  9. alahaii kiut nya mcm x sampai hati nk mkn ;)

    ReplyDelete
  10. wahwah kemain comel lagi pokadotnyew ha.hehe

    ReplyDelete
  11. nak try buat lah nanti..... comel!!!

    ReplyDelete