Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Tuesday 9 October 2012

XPDC Broga & Air Terjun Chilling


Salam semua...

Ahad lepas punya story ni. Rase macam malas nak update blog tapi kang bersarang pulak blog den ni. Ahad baru ni aku, Raja, dengan budak opis aku wat xpdc hiking dan jungle trekking. Planningnye kami akan memanjat Bukit Broga sebelum subuh lepas tu baru jungle trekking ke Air terjun Sg. Chilling di Kuala Kubu Baru. 

Seriously nak naik bukit stamina kene kuat, memandangkan aku nak fit kan stamina sebab next month nak naik gunung, so aku banyak wat exercise. Exercise aku senang je, setiap hari aku turun naik tangga. Lif memang dah tak gune la. Nak bagi kaki kuat. Ais pun dah tak boleh minum. ;) Alhamdulillah, naik Broga aritu dah takde nak pancit2 macam minggu lepas. Jom layan gambar je la. 



Start naik kul 5.15 pagi..masih gelap. Memang mencabar sebab tak nampak sangat. 
Tapi tak payah le isau sangat sebab awal pagi pun memang ramai orang yang nak mendaki naik broga tu. Aku rase dah macam rombongan sekolah pulak bile dah ramai ramai macam tu. Meriah kemain. 

Bila dah sampai puncak lagi le ramai orang. Lepak lepak kejap, makan sandwich yang aku bawak lepas tu turun le balik. Hihi :)

\
Nampak tak penghasilan peluh dengan jayanya, sampai basah2 baju aku. Terasa la kurus sikit...hahaha



Suke sangat pic ni. Candid. Kawan aku, si Qila tangkapkan pic ni senyap2. ;)
Rase happy coz kami berkongsi minat yang same. 


Cantik kan nampak kabus :)
Ni otw turun...

Sampai kat ending point dalam kul 8 sengah. Singgah beli Jelly kelapa dulu kat bawah tu, lepak2 jap.Dalam kul 9 kitorang terus gerak gi Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Baru. Sempat kejap we all singgah Selayang untuk breakfast di Restoran Pak Tam. Sedap sangat  makanan kat situ.

Jauh kemain si Amy park keta dia. 

 
Pintu masuk Sungai Chilling

 
Qila, amy n adik dia dah get ready nak berjungle trekking. Padahal we all pakai selipar je tu. Dah malas nak pakai kasut. Jangan isau, tak bahaya pun jalan dia.

 
Laju betul mamat ni jalan

 

Banyak kan ikan2 kelah kat sini. Sebenarnya kat depan banyak lagi.
Untuk pergi ke Air Terjun chilling ni korang kena daftar nama dulu kat pejabat pendaftaran. Bukan ape, nanti takut korang tersesat ke, at least pejabat ni boleh ambil tindakan.

 
Bagi ikan makan jap :)



 
 Dalam pic ni nampak gemok. Pelik tapi benar.



 
Me n Amy :)



 

Qila & Amy







40 minit berjungle trecking rase berbaloi sangat bile nampak air terjun Chilling ni. Air dia sejuk sangat2. view pun cantik. Siap de ikan lagi dalam air tu. Mandi dengan ikan...hihi :)
Menurut fakta, air terjun chilling ni adalah yang tercantik di negeri Selangor. Memang cantik sangat kat mata aku, sejuk mata memandang. Hilang segala penat dan segala masalah bile dah berada kat sini. 



NotaKaki: Next month aku, raja and the geng nak naik Gunung Nuang. Ade sape2 nak join? Gitau ye kalo nak join. Lagi ramai lagi best :)

28 comments:

  1. aktiviti sihat.. harap2 konsisten :-)

    ReplyDelete
  2. hari bersama alam semuljadi.. :)

    ReplyDelete
  3. seronok giler...dah lamanya jijah tak jungle traking.. air terjun jijah suka sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nnti ajak la husband jijah g air terjun :)

      Delete
  4. next month berapa haribulan..? hehehe..teringin gak..shirah pun suka xpdc cmnie..hehehe..

    bab gambar yang candid..honstly cntik..suka sngt..tu dinamakan natural candid..hehehe.. apa pun..subhanaAllah..cantik la air terjun tu..xsia2 linda p kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure lagi bpe hb, nnti da ade trikh linda inform shirah ye :)

      Delete
  5. xtvt bersama yg seia sekata...... bertuah linda.......
    remy pun dah lama tak naik gunung nie...rasanya sekarang dah pancit dah.......
    naik gunong stong haritu pun...cam nak nangis pun ada.....hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tu la, raja ckap 1 day nk gi gak gunung stong tu :)

      Delete
  6. best kan bila kita share minat n hobi yg sm dgn pasangan kita :)) seronok la pulak tgk xtvt linda ni..huhuhu

    ReplyDelete
  7. sonoknya... takpe sihat badan nanti.. amboi naik gunung nuang pulak.. kat mana tu.. tak penah dgr lagi gunung tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung nuang kat area hulu langat bert, gunung tertinggi di selangor :)

      Delete
  8. bestnya linda! kalo dekat blhla join..ni sy kt penang..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dekat penang pun byak tmpat boleh camping

      Delete
  9. seyuz suke aktivit outdoor tp still x berkesempatan huhu~

    ReplyDelete
  10. bestnye...klu dpt ujung mmgu aktiviti cam ni..mmg xbosan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..baru je berjinak2 outdoor activity ni :)

      Delete
  11. seronok tengok..gunung nuang lagi tinggi tu kan..huhu..good luck~~ :)

    ReplyDelete
  12. dah penat panjat bukit pegi plak berendam kat air terjun..mmg nikmatt..dah lama x wat aktiviti gini huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nikmat gile kak, rase xnk balik. nak duk brendam je

      Delete
  13. haaa naik time nak subuh mmg best weh
    bila nak g sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk join jom 17 nov nnti..rmai2 ngn kawan2 aku babe. :)

      Delete