Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Friday 10 April 2015

Solid food Adra Sofiyya

Salam semua...



Masa adra dah dekat nak masuk 6 bulan, mamanye memang excited sangat2 nak bagi anak makan. Awal2 dah beli set makan, bib, blender khas utk adra..hehe. Macam nk sekolahkan anak je gayanye. 

Masuk je 6 bulan aku start bagi puree avocado. Sebab duk baca, elok start dengan buah yang tawar, yang tak ade perisa. Mula mula bagi sikit je dulu, ok nampak macam dia suka. Habis semangkuk puree dia makan.Mamanya rase seronok yang amat..hehehe. Macam biasa ikut 4 days rule, nak tengok dia alergik ke tak dengan buah or sayur tu. 

Setakat ni dah bagi puree avocado, epal, pear, lai, brokoli, pisang, peach, carrot. Baru2 ni masuk 7 bulan dah start bagi bubur nasi kosong, bubur nasi + cauliflower + carrot, esok nak bagi bubur nasi + brokoli pulak. Alhamdulillah, selama ni bagi adra makan, semua dia makan abis, even buah or sayur tu tawar ke, masam ke, manis ke, semua habis dia telan. Lega sangat bila dia tak cerewet buat masa ni. 

Stok puree untuk seminggu. Pear & brokoli :)


Pakai rice cooker TEFAL je, sebab rice cooker ni multo function boleh steam, wat porridge, bakar cake  (hadiah kawin je..huhu, kalau beli boleh menangis )



Guna blender Magic Bullet je. Yg ni opah adra yg belanja..hehehe :)



Puree brokoli yg tak sedap ni pun habis semangkuk adra makan. Alhamdulillah :)


Teruja dapat makan..:)


Bubur nasi + carrot + cauliflower. Dalam bekas hijau tu serbuk ikan bilis, sangai (goreng tanpa minyak ) then blend halus2 :)



P/s : Memang seronok kan tengok anak berselera makan. Rase teruja sangat. Harap2 Adra membesar dengan sihat :)


2 comments:

  1. baguslah anak linda x memilih makan :)

    ReplyDelete
  2. Bulan depan naqib dh 6 bulan. Mama dia pon eksited nak bg makan ni. Hehehe πŸ˜‚

    ReplyDelete